Wanita Mengamuk Serang Kanak-Kanak Terpijak Kaki Anaknya

Share This:

Gara-gara terpijak kaki anak lelakinya, seorang wanita gagal mengawal kemarahan dan menyerang seorang kanak-kanak perempuan.

Kejadian yang berlaku di sebuah pusat beli-belah di Hangzhou, China itu disaksikan oleh pengunjung.

Sepotong video yang menjadi viral di Internet menyaksikan wanita terbabit terjerit-jerit cuba menyerang seorang kanak-kanak perempuan dan dileraikan oleh suami wanita itu.

Kanak-kanak perempuan itu dipercayai terpijak kaki anak lelakinya ketika sedang bermain di pusat hiburan kanak-kanak.

Kemudian, wanita itu memaksa kanak-kanak perempuan itu memohon maaf hingga menyebabkan kanak-kanak terbabit melarikan diri dan memeluk ibunya tanpa mengucapkan sepatah kata.

Ibu kepada kanak-kanak perempuan itu meminta maaf namun wanita terbabit belum berpuas hati dan meninggikan suara hingga anak-anak mereka menangis.

Kejadian lebih buruk apabila wanita itu mula menyerang seorang wanita lain.

Tindakan ekstrem wanita itu dikecam netizen yang menyifatkan perbuatannya tidak masuk akal.

 

Comments

comments

Related Post

One thought on “Wanita Mengamuk Serang Kanak-Kanak Terpijak Kaki Anaknya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*