Video PM Seru Tangkas Menangkis Fitnah Pembangkang Yang Diketuai DAP

Share This:

DALAM Himpunan Aktivis Media Sosial pro Kerajaan Barisan Nasiona yang berlangsung baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi amanat kepada semua pengiat media sosial agar belajar daripada apa yang berlaku dalam Pilihanraya Umum dahulu.

Kita mesti tangkas dalam respons kita dan tidak terperangkap, sepertimana yang berlaku pada hari mengundi dalam Pilihanraya Umum Ke-13 di mana pembangkang telah menyebarkan berita palsu mengenai kononnya kita membawa masuk pengundi Bangladesh untuk mengundi, bahawa kononnya kita mewujudkan keadaan blackout di tempat tertentu untuk memanipulasi undi.Cerita ini semua langsung tidak masuk akal, tetapi ramai terpedaya dengan berita ini yang sedikit sebanyak membawa kesan kepada pengundi dan pilihan raya itu sendiri.

Beliau menjangkakan bahawa dalam Pilihanraya Umum yang akan datang, pembangkang akan kembali menggunakan taktik kotor serupa, melontarkan sesuatu yang tak terfikir oleh kita nanti untuk membuatkan orang marah dan benci pada kita.

Ingatlah bahawa pembangkang hanya berpegang kepada satu prinsip sahaja iaitu “If you cannot convince them, confuse them”.

Taktik kotor mereka amat jelas, jika mereka tidak dapat meyakinkan pengundi agar mempercayai janji-janji kosong atau kata-kata manis mereka, modus operandi mereka adalah untuk mengelirukan rakyat agar menimbulkan ketidakpercayaan serta kemarahan terhadap Kerajaan Barisan Nasional.

Kita sudah lama berada dalam ‘defensive mode’. Cukuplah. It is now time to attack !

– PRU14.tv

Comments

comments

One thought on “Video PM Seru Tangkas Menangkis Fitnah Pembangkang Yang Diketuai DAP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*