Tidak Tahan Dihantui Kisah Silam, Aku Puaskan Nafsu Sendiri

Share This:

Aku adalah seorang penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan sejak kecil saya membenci lelaki disebabkan peristiwa hitam yang pernah aku alami. Sewaktu berumur lapan tahun, aku diperkosa oleh dua abang sepupu dan ibu bapa aku tidak mengetahuinya.

Sehingga peringkat remaja aku diperlakukan seperti itu hinggalah aku mengambil keputusan menetap di asrama. Sehingga umur aku 24 tahun, aku tidak pernah berada di rumah untuk jangka masa lama.

Dalam kesibukan menuntut ilmu, aku dipertemukan dengan lelaki bernama H. Sebelum ini tidak pernah seorang lelaki pun boleh mencairkan hati aku. Perasaan benci dan dendam terhadap lelaki sangat tebal dalam diri aku.

Kerana tertekan dengan sikap H yang terlalu mengharap cinta aku, aku menceritakan segala-galanya padanya supaya dia membenci aku.

Namun sangkaan aku meleset, H sanggup terima aku seadanya. Kata H, dia terima siapa aku sekarang dan bukan aku yang dulu.

Sehingga kini, hubungan kami menjangkau lima tahun. Bagaimanapun, aku masih tidak dapat melupakan sejarah hitam yang aku alami.

Hampir setiap malam aku bermimpi kejadian itu dan ada kalanya aku terpaksa memuaskan nafsu dengan cara melakukan onani.

Sehingga kini juga abang sepupu aku tidak pernah berhenti mengganggu aku dengan membuat aksi lucah dan sebagainya. H mengajak aku kahwin supaya aku dapat melupakan semua itu, selain mengelak terus diganggu abang sepupu aku.

Masalahnya, ibu seolah-olah tidak membenarkan akua berkahwin sewaktu aku belajar dan mahu aku bekerja dulu.

Jadi, adakah perlu aku memberitahu ibu mengenai semua yang berlaku ke atas diri aku sebelum ini supaya dia membenarkan akua berkahwin?

-pru14.tv-

Comments

comments

Related Post

One thought on “Tidak Tahan Dihantui Kisah Silam, Aku Puaskan Nafsu Sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*