Tak Semestinya Lelaki Nampak Alim Tak Reti Cabul Perempuan

Share This:

Aku dah tak boleh fokus exam esok sejak baca confession pasal kes cabul ni. Tak sangka kenangan buruk yang aku sangka aku dah lupa datang balik. Seharian aku menangis di dalam bilik. Trauma tu Allah je tau. Dah 17 tahun aku pendam sendiri. Ni first and last aku confess secara terbuka.

Masa aku darjah satu, aku kena cabul dengan kawan ayah aku di masjid. Masa tu ayah aku bilal masjid jadi aku selalu tolong dia kemas rak quran. Jadi pakcik ni panggil aku suruh aku sapu belakang tiang tempat dia selalu solat tu. Dia tanya nak upah tak? Tapi kena baring depan dia. Masa tu apalah sangat. Aku pun budak lagi.

Then dia mula buat sesuatu sampailah ada sorang abang datang sergah dia marah-marah sebab buat benda tak elok dalam masjid. Abang tu tarik aku bawa pergi dekat area dapur masjid. Dia tanya aku ok tak? Aku angguk pastu ucap thanks dan nak blah. Tapi abang tu tarik aku lepas tu dia pula cabul aku.

Aku menangis sebab takut dia pukul aku ke apa lepas tu aku dengar suara ayah jerit panggil aku. Abang tu cepat-cepat lari. Ayah nampak aku di belakang rak pinggan tanpa tudung di kepala. Ayah datang tanya kenapa nangis? Aku nampak abang tu buat isyarat suh diam dari jauh. Jadi aku cakap aku jatuh je.

Ayah tak syak apa-apa terus bawa aku balik. Sejak hari tu aku dah tak ikut ayah aku dah. Tak lama lepas tu, kawan aku ajak main guli dekat bawah rumah dia. Abang dia nk tunjuk sesuatu. Lagi sekali jahilnya aku ikut je. Sekali lagi, aku dicabul oleh kawan aku, abang dia dan sorang lagi yang aku tak kenal.

Aku balik cerita pada ibu tapi ibu tak percaya sebab mereka semua sekolah agama. Pastu aku terus tak kawan ngan diorang lagi dah sbb diorg selalu ajak aku gi kt bawah rumah tu. Beberapa bulan kemudian, aku ingatkan semua ni akan berakhir.

Sampailah satu hari tu, ibu bapa dan adik-adik aku terpaksa balik rumah atuk. Tinggallah aku dengan abang aku. Masa aku tidur di dalam bilik, tiba-tiba ada tangan datang tutup mulut aku suruh aku diam. Aku menangis sebab terkejut dan sakit.

Rupanya abang pula nak buat onar. Dia suruh aku diam kalau tak dia bunuh aku sambil acu pisau lipat pada muka aku. Aku merayu minta jangan buat apa-apa dekat aku tapi dia tak nak dengar. Mungkin sebab aku menangis kuat sangat, abang aku tak jadi rogol aku sebab masa tu jugaklah jiran dekat sebelah rumah ketuk-ketuk pintu tanya ada masalah ke.

Malam tu aku tak boleh tidur langsung. Aku sorok pisau dapur kt bawah bantal aku just in case dia datang lagi. Aku nekad dah apa jadi biarlah. Tapi nasib baik dia tak buat apa dah. Sampai sekarang ni aku tak bertegur dengan abang sebab aku benci dia.

Cerita ni tak berhenti di situ je. Masa aku darjah 4 aku pernah kena culik masa dalam perjalanan ke sekolah. Sampai di satu pondok, pakcik tu turunkan aku dari van hijau dia. Masa dia tengah terkial-kial nak ikat aku, aku tendang perut dia sampai tersungkur. Aku pukul kepala dia dengan beg aku then aku lari keluar tanpa arah tuju.

Tahu-tahu je orang kampung jumpa aku kat tepi reban ayam entah siapa punya. Ayah aku syak ada something wrong tapi trauma tu dah cukup berat. Aku tak mampu nak cerita kat dia. Mesti dia malu ada anak macam aku kan? Mesti dia nak salahkan aku sebab tak jaga diri elok2 kan? Berbulan-bulan aku tak bercakap tapi ayah aku sabar je bawak aku kesana sini layan aku macam bidadari. Ayah seorang lelaki yang takkan khianat aku. Aku yakin.

Ceritanya belum habis lagi. Masa di cfs, aku keluar seorang diri pergi cari buku di pesta buku di PWTC. Masa balik singgah McD sekejap. Sebab aku lalai, aku pergi tandas tinggalkan makanan aku macam tu je. Lepas tu aku minum air, aku rasa pening dan tiba-tiba je ada 2 orang datang papah aku. Seorang laki dan seorang perempuan. Aku antara dengar dengan tidak je masa tu tapi aku sempat dengar mereka kata ‘lauk free malam ni’ aku meronta tapi tak kuat.

Masa dekat pintu keluar, aku randomly paut tangan entah siapa-siapa je kat pintu tu dan cakap ‘tolong cik. Saya tak kenal mereka ni. Tolong’. Bertempiaran dua ekor tu lari. Hari tu aku dibawa ke balai tp sebab aku tak nampak sapa dua ekor manusia tak guna tu, sia-sia juga la pergi buat report. Aku dihantar pulang ke Mahallah. Cerita ni tak pernah heboh sebab aku tak nak bising.

Sejak kisah-kisah pahit tu. Aku dah buat keputusan tak nak nampak lemah depan mata semua orang lagi dah. Jadi aku mula jadi macam jantan. Pakaian aku macam lelaki tapi aku still bertudung. Kelakuan aku kasar. Semua gara-gara tak nak nampak lemah depan mata orang.

Walaupun tak pernah officially kena rogol tapi sikit sebanyak pun kesan tu pada masa depan juga. Dara aku dah tak ada walaupun tak ada actual penetration. Tapi apa yang mereka buat dah cukup untuk jahanamkan masa depan aku. Semua sebab kisah-kisah haram tak guna ni. Semua sebab manusia-manusia bangang ni. Sedihnya takdir hidup aku.

Jadi nak dijadikan cerita, aku teruskan hidup aku macam biasa. Semester pertama di gombak, mak aku kata ada orang masuk meminang. Rupanya, abang yang pertama cabul aku tu. Dia personally call aku minta maaf dan nak betulkan kesilapan dia taknak mereput dalam neraka dengan ajak aku kahwin. Aku menangis masa tu dan aku kata pada dia, semoga kau mereput dalam neraka sampai bila-bila. Aku takkan maafkan kau. Dia pujuk mak aku tapi aku ugut nak buat report polis sebab ganggu keluarga aku. Lepas tu dia berhenti.

Masa aku tahun ketiga, kawan yang cabul aku berjemaah dengan abang dia tu call aku nak minta maaf sebab terlanjur perangai. Alasan call balik pun sama juga. Nak ambil tanggungjawab tu dengan ajak aku kahwin. Aku maki mak dia (ibu aku tak ada masa tu) sebab hal tu. Mak dia menangis minta maaf jangan seksa lelaki tu sebab dia dah insaf. Tapi keras hati aku tu Tuhan je yang tahu.

Kau insaf? Habis aku? Takkan aku nak hidup ber abang sayang dengan orang yang dah buat hidup aku huru hara??? Takkan aku nak cakap pada anak-anak nanti ni bapa kau yang cabul mak masa kami kecil dulu. Lepas tu kami kahwin. Lejen tak? Sweet tak? Takkan la kot?

Aku mula memberontak dengan ibu aku. Sebab ibu dah mula paksa aku kahwin. Dia sangka ada org ikhlas, pakai kopiah jubah semua boleh didik aku yang langsung tak ada gaya ustazah pilihan ni. Memang aku tak completely tutup aurat aku sebab aku dah tawar hati.

Dulu masa sekolah, aku pakai tudung labuh (sekolah agama) pun boleh kena. Apatah lagi pakai biasa-biasa macam ni jadi sama juga la aku tak pakai make up. Elok-elok muka macam helmet retak macam ni nanti pakai makeup lagi la menarik perhatian lelaki.

Baik la aku pakai biasa-biasa je. Pakai seluar jeans longgar dengan t-shirt, tudung selempang kiri kanan senang aku nak belasah orang sampai lumat. Maaf, ini realiti. Bila dah banyak kali terkena takkan la aku nak pakai dress liplap liplap kan.

Sekarang ni dah masuk final year, ibu mula bising sebab aku tak nampak jalan nak mendirikan rumahtangga lagi. Dah 3 pinangan aku tolak. Mengamuklah dia. Aku bagi alasan nak kerja dulu padahal aku takut kalau suatu hari nanti semua tu terbongkar. Macam tak ada je lelaki boleh terima aku seadanya. Takkan ada. Aku tak percaya.

Dalam ramai-ramai lelaki, ayah aku tetap paling best dan paling supportive. Dia kata tak apa. Asal aku bahagia ja. Kalaulah boleh cerita kat ayah, agak-agak dia nak ke bangga ada anak macam aku? Abang aku? Agaknya kifarah kot, sebab dulu aku sumpah seranah dia mohon bukan-bukan setiap hari. Dia kahwin dengan perempuan liar, bini kantoi curang dengan kawan dia, hidup tak ada berkat banyak hutang sana sini.

Masa dia minta maaf dengan aku pun aku cakap tunggu kat akhirat. Dia manusia paling mengecewakan aku sebab dia abang sulung patutnya dia lindungi aku bukan merosakkan aku. Pakcik tu pula? Few years years years ago, dia kena strok. Ayah bawa keluarga kami pergi melawat. Pakcik tu tak boleh bercakap langsung tapi tangan dia dok macam nak gapai aku ja. Nak minta ampun kot. Sorry again, I can never forgive him. Sorry.

Alangkah indahnya kalau hidup aku macam orang lain. Aku selalu tengok orang lain elok ja ada bf, kawan lelaki, abang-abang yang penyayang at least nak pergi mana-mana ada yang teman dan lindungi. Aku? Dah lama aku tak rasa selamat and selesa bila dengan lelaki macam tu. Lelaki datang dekat pun aku lari. Aku tak tau la bila nak menikah nanti macam mana. Hati aku dah lama mati. Dah letih berdoa. Dah penat berharap suruh Tuhan lembutkan hati aku ni.

Tapi hari-hari sama ja perasaan. Kalau aku kahwin and punya anak perempuan, aku takut nasib sama jadi kat depa. Aku trauma. Aku perlukan bantuan. Tapi 17 tahun aku pendam jadi takda sapa tolong aku. Aku bangkit sendiri. Aku berlawan dengan fikiran aku sendiri. Aku marah diri sendiri. Setiap kali ada cerita macam ni keluar kat berita ka kat mana-mana, aku tak tau nak salahkan sapa.

Masa kawan aku cerita dia kena rogol dengan sepupu dia sampai bapak dia buang dia dari keluarga pun aku tak salahkan dia. Tak salahkan jantina ka apa. Tak boleh nak salahkan faktor pemakaian dia. Kita hidup di zaman fitnah. Apa pun boleh jadi. Tak ada siapa yang kita boleh percaya. Betul-betul percaya.

Setakat confess je la. Lega sikit lepas dah luah. Kalau ada yang fikir ini cerita tak logik, tak apa miungkin anda bernasib baik hidup tenang tak ada dugaan berat macam ni. Tapi ingat sikit ada lagi manusia yang tak tertanggung dugaannya tau. Sebab apa? Tuhan kira dulu level kemampuan dia sebelum Dia uji hamba-Nya. :’)

Anda semua. Aku tak minta banyak. Nak minta tolong doakan aku punya hidup normal macam orang lain je. Aku nak jugak rasa aman. Selama aku hidup ni tak pernah sekalipun aku rasa bahagia. Aku jarang ketawa inikan pula senyum. Aku lone ranger tak ramai kawan. Kawan yang paling banyak dengar cerita aku cuma doktor merangkap counselor aku ja.

Bukannya aku dah jadi gila, cuma kadang-kadang aku kena consult dia sebab aku ada masalah tak ada keyakinan diri. Tapi dia tak pernah tahu pasal semua yang jadi pada aku. Dia cuma tahu aku ada trust issues dengan lelaki. Tu ja.

Beliau kata, sebab terlalu banyak benda buruk yang jadi dalam hidup aku la meyebabkan aku susah nak lembutkan hati. Tapi aku bersyukur sebab aku tak tersasar dari landasan agama dan masih ada peluang untuk belajar di UIA ni. Dan kepada yang pernah menjadi mangsa macam aku, kita semua diuji je. Allah tahu selama mana kita tak merelakan itu bukan salah kita. Semoga kita semua kuat.

-pru14.tv-

Comments

comments

Related Post

One thought on “Tak Semestinya Lelaki Nampak Alim Tak Reti Cabul Perempuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*