Mesin Judi Di Selangor Lombok Emas Kartel?

Share This:

Meskipun tiada statistik yang tepat atau tidak pernah ada statistik yang dikeluarkan oleh PBT di Selangor berhubung kegiatan aktiviti mesin slot judi namun rakyat negara ini yakin bahawa negeri Selangor adalah negeri yang kelihatan begitu ‘memberi kebebasan’ kepada ketua-ketua kartel perjudian mesin slot judi tersebut.

Cukupkah alasan yang diberikan oleh pegawai penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatan yang bernada kononnya sudah ‘penat’ atau tidak berdaya lagi melawan dalang yang dilihat lebih berkuasa dari pihak berkuasa.

Atau wujud unsur segelintir pegawai pelbagai pangkat mengamalkan rasuah?

Sehingga artikel ini ditulis, belum pun ada mana-mana Pihak Berkuasa Tempatan dari Selangor atau pun kerajaan negeri Selangor sendiri tampil untuk meyakinkan rakyat Selangor bahawa amalan rasuah sedang ditangani dengan serius.

Program yang di ketengahkan oleh pihak SPRM, Corupption Free Pledge (CFP), atau pun Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang mana telah menjadi satu ‘fenomena’ yang cukup memberi kesan terhadap keazaman untuk membasmi perlakuan yang tidak bermoral ini.

Banyak agensi kerajaan negeri, pusat dan GLC mula melakukan IBR. Tetapi menjadi tanda tanya, kenapa kerajaan Selangor bersikap dingin dengan program yang mampu memberi keyakinan kepada rakyat sendiri?

Adakah kerajaan Selangor melalui pihak berkuasa tempatan cuba menyembunyikan sesuatu atau kerana yang mengemudi kartel judi mesin slot haram ini terdiri dari kalangan individu yang bergelar ‘Tan Sri’ atau pun ‘Datuk’? Dan mereka ini mempunyai hubungan yang terlalu rapat dengan individu tertentu di Selangor?

Cuba bayangkan di kelompok perumahan pangsapuri kos rendah di USJ1 sahaja terdapat lebih dari 3 buah premis yang menjalankan aktiviti perniagaan mesin slot judi.

Sumber : Skandal Malaysia

Comments

comments

One thought on “Mesin Judi Di Selangor Lombok Emas Kartel?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*