Konsert Solo Shiela Majid Bakal Gegarkan Stadium Negara Ogos Ini

Share This:

Sudah agak lama juga tidak mendengar khabar dari Dato’ Sheila Majid. Lama menyepi, Ratu Pop-Jazz Malaysia ini muncul kembali menggegarkan industri hiburan tanah air bagi mengubati kerinduan para peminatnya.

 
Bersempena terbitnya album baharu berjudul Boneka, Sheila Majid bakal mengadakan konsert solonya pada 5 Ogos 2017 yang bertempat di Stadium Negara.
 
Dinamakan sebagai ‘Sheila Majid: The Concert Kuala Lumpur 2017’,  lagenda industri muzik Malaysia ini  menjanjikan persembahan vokal mempesona, lirik yang menarik serta melodi rancak, khas buat peminat setia pada konsert yang bakal diadakan nanti.
 
Karier nyanyiannya yang sudah menjangkau usia 3 dekad, membuktikan penyanyi ini masih diminati ramai.

Lagu-lagu popularnya seperti ‘Sinaran, ‘Warna, dan ‘Legenda’ masih diminati ramai dan malar sepanjang zaman.

Berinspirasikan moto “May Music Keep Us Together”, peminat boleh menjangkakan set lagu yang hebat yang terdiri daripada lagu-lagu hit dan lagu-lagu dari album terbaharunya.

Konsert ini dianjurkan oleh IME Malaysia, diterbitkan More Entertainment dan disokong oleh syarikat pengurusan artis Magada Entertainment.
 
Gabungan sistem audio berkualiti tinggi, 100 para professional, dan ahli muzik terhebat dunia yang diterajui Penerbit Muzik tersohor, Mac Chew ini pastinya menjanjikan malam yang sungguh istimewa buat para peminat. 

Apa tunggu lagi, jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan persembahan Dato’ Sheila Majid, seorang penyanyi bersuara unik dan mempunyai bakat yang sungguh luar biasa.
 
Jualan tiket bermula pada 14 April 2017, jam 10:00 pagi, di www.ticketcharge.com.my.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*