Johan Nasihat Zizan Kahwin Cepat Supaya Lebih Matang

Share This:

Pelawak dan penyampai radio, Johan mengakui pernah menasihati sahabat baiknya, Zizan Razak agar segera berkahwin dan membina keluarga.


Johan, 33 menganggap mereka yang sudah berkahwin akan lebih mengetahui maksud tanggungjawab itu sendiri, selain menjadikan diri lebih matang berbanding mereka yang belum berkahwin.


“Sebenarnya Zizan pernah beritahu yang dia kagum dan suka lihat cara saya yang berpakaian sederhana dan banyak melebihkan isteri serta anak-anak.

“Dia kata suatu hari nanti dia mahu jadi macam saya. Saya terus menasihati dia supaya kahwin cepat kerana selepas berkahwin baru dia akan tahu makna kehidupan sebenar.

“Pada saya selagi dia tak berkahwin selagi itu dia tidak akan berfikir tentang tangunggjawab,”kata Johan kepada Astro Gempak.


Johan juga percaya Zizan akan menjadi semakin matang apabila bergelar seorang suami kelak.

“Saya habiskan masa hampir dua jam dengan Zizan hanya bercakap mengenai perkahwinan malah sempat saya ceritakan perjalanan saya dan isteri daripada susah hingga hidup lebih senang sekarang.

“Bagi saya setiap orang yang berkahwin akan menjadi lebih matang. Meskipun orang itu lebih muda tetapi bila dia berkahwin saya boleh jamin dia lebih matang daripada orang yang lebih tua tetapi tidak berkahwin,” terangnya.

Comments

comments

Related Post

One thought on “Johan Nasihat Zizan Kahwin Cepat Supaya Lebih Matang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*