Golongan Muda Sambut Baik Program Transformasi Orang Muda

Share This:

Sejak Februari tahun lalu, program Transformasi Orang Muda (TOM) yang dilancarkan kerajaan Terengganu berjaya memikat golongan muda untuk terus bersama menyokong aspirasi kerajaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata program yang menekankan aspek pendidikan dan peluang pekerjaan nyata disambut baik dan golongan muda mula memahami usaha kerajaan dalam memenuhi kehendak dan keperluan mereka.

“Hari ini saya meluangkan masa bersama golongan muda di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri Ladang dan mereka berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana banyak sediakan program untuk memastikan mereka tidak ketinggalan dalam pembangunan dan kemajuan negara.

“Antaranya kerajaan negeri akan lancarkan dalam masa terdekat ialah program sifar keciciran selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia, skim latihan kerja untuk golongan muda dan meneruskan usaha melahirkan lebih ramai usahawan dalam Program Graduan Usahawan Terengganu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada lebih 100 penerima di Pasir Panjang di sini hari ini.

Terdahulu, beliau turut meluangkan masa bersarapan dengan lebih 200 penduduk setempat dan turun padang ke Pasar Bukit Besar untuk mendengar masalah peniaga di situ.

Ahmad Razif berkata beliau juga yakin pengundi DUN Ladang akan menyokong Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang kerana penduduk kawasan itu sentiasa mendapat bantuan daripada kerajaan walaupun ia adalah kawasan pembangkang.

“Semua aktiviti turun padang, bantu rakyat di DUN Ladang ini pasti dinilai oleh pengundi. InsyaAllah kita akan dapat balik DUN Ladang dan Parlimen Kuala Terengganu” jelasnya dengan yakin.

-pru14.tv-

Comments

comments

Related Post

One thought on “Golongan Muda Sambut Baik Program Transformasi Orang Muda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*