Fail Cerai, Serina Redzuawan Tak Mahu Perbesar Hal Ini

Share This:

Kemelut rumah tangga pelakon dan pengacara Serina Redzuawan seakan menjadi buah mulut bukan sahaja di kalangan peminat malah media turut memaparkan berita tentang itu dengan agak rancak kebelakangan ini.

Ini termasuklah paparan berita tentang kata-kata yang diluahkan sendiri oleh bapanya, Chef Wan dan juga suami Serina, Gavin yang membuka mulut menerusi Free Malaysia Today.

Serina yang dikatakan menutup rapat hal ini bagaimanapun akhirnya mengambil inisiatif untuk menjernihkan keadaan. Membuat kenyataan menerusi laman Instagram miliknya, Serina berkata,

“Banyak sangat news keluar tentang rumahtangga Serina lately, actually i tak berminat nak sensasikan kisah kami, sebab itu Serina hanya berdiam diri.

“Tidak ada mana mana insan yg mendirikan Masjid ingin merobohkannya, I dah cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan malangnya banyak pekara yang terlalu sensitif i tak boleh cerita menjadi punca i failkan cerai.

“Apa yang u all baca, from IG My dad and apa yg Gavin jawab realitinya hanya Serina yang tau dan menanggungnya,” katanya.

Serina meminta semua pihak termasuk peminat dan juga pihak media agar tidak memperbesarkan lagi hal rumah tangganya dan menunggu keputusan yang diberikan oleh pihak mahkamah.

“Doakan semua selesai dengan baik. Terima kasih pada semua yang menyokong dan Media juga..

“I minta maaf tak dapat jawab call dan soalan bertubi tubi. Today i kasi kenyataan from my official IG,” katanya lagi. 

 


Foto: IG Serina

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*