Dah Macam ‘Baby’,Sanggup Belanja RM32 Ribu Untuk Disusukan Wanita

Share This:

Bila sebut tentang penyusuan susu ibu kepada bayinya memang perkara normal, malah digalakkan lagi dari segi kesihatan.

Namun bagaimana pula jika penyusuan susu ini dijadikan sebagai satu bisnes?

Ya, dengar memang mengarut
tapi yang lebih teruk lagi perkhidmatan ini memang sudah wujud dan menjanjikan servis terbaik untuk orang dewasa!

Menurut portal Shanghaiist, beberapa lawan web di China telah dikesan menawarkan servis yang dipanggil sebagai ‘Adult-wet-nurses.’

Tujuannya hanya satu iaitu menyusukan lelaki dewasa yang ‘kurang kasih sayang’ dan pelanggan hanya perlu mendaftarkan diri secara atas talian dengan yuran sebanyak 100 Yuan (RM64).

Sama seperti proses menyusukan bayi, lelaki di sana sanggup membayar sehingga 50,000 Yuan atau RM32,136 untuk mendapatkan khidmat dari mereka yang profesional.

 

Laman web adult-web-nurses, Foto: shanghaiist.com

Menurut sumber, tidak cukup sekali, kebanyakan lelaki akan kembali mencari ‘ibu susuan’ mereka semula selepas ketagih dengan cara layanannya.

Kos perkhidmatan akan meningkat mengikut saiz payudara wanita pelayan terbabit.

Perkara yang disifatkan sebagai jelik ini mendapat pelbagai reaksi dari netizen. Kebanyakannya mengatakan manusia zaman sekarang sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan wang.


Makin mengarut nampaknya dunia sekarang sehingga benda seperti ini juga sudah mula dijadikan bisnes.

Diharap ia tidak akan menular di Malaysia pula.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*