Contohi Cara Siti Hasmah Didik Boboi

Share This:

KITA tidak pernah mempunyai sebarang niat untuk mengeji atau pun menghina Tun Dr. Siti Hasmah binti Mohd Ali isteri kepada Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia(PPBM) Tun Dr. Mahathir Mohamad. Jasa beliau kepada negara sebagai isteri Mahathir saja sudah dianggap sebagai satu pengorbanan besar yang tidak terbalas.

Artikel yang dterbitkan oleh PRU14.tv bertajuk Sampai Bila Siti Hasmah Tolak Bertudung? lahir dari kebimbangan penulis terhadap untung nasib Siti Hasmah dalam meniti hari-hari tua beliau serta persediaan yang sewajarnya untuk alam yang kekal abadi kelak.

Benarkah ini cucu Siti Hasmah bernama Inez Rouselle?

Namun niat baik tersebut telah disalah ertikan dan mereka yang tidak bertanggungjawab mula menyerang dengan alasan-alasan tidak munasabah.

Tidak dapat dinafikan bahawa Siti Hasmah merupakan seorang ibu yang mithali. Lihat sahaja bagaimana beliau mendidik Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang lebih dikenali sebagai boboi. Beliau berjaya membentuk boboi sebagai anak yang lemah lembut dan senang bergaul dengan para ulamak.

Ini pula anak Mukriz yang dikenali sebagai Ally

Kita tidak boleh bandingkan dengan cara Siti Hasmah mendidik anak sulung beliau Marina Mahathir memandangkan Marina merupakan seorang yang berperwatakan sedikit degil. Oleh itu, kita disarankan agar mencontohi cara beliau mendidik boboi sehingga mampu meraih banyak kejayaan yang membanggakan.

  • PRU14.tv

 

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*