Bila Sedih PAS Tolak Kerjasama, Mahathir Ungkit Pula Benda Lama Hendak Serang PAS

Share This:

Bekas Perdana Menteri yang sudah tua, Tun Mahathir Mohamad dalam tulisan terbaru di blognya mula menyerang PAS mungkin tidak puas hati rundingan antara partinya, PPBM dan PAS untuk bekerjasama tidak berjaya.

Mahathir mula mengungkit semula perangai pemimpin PAS dulu yang suka mengkafirkan orang Melayu Islam lain yang tidak sebulu dengan perjuangan mereka yang pada ketika itu kononnya memperjuangkan Islam.

Dalam blognya, Mahathir menulis :-

Demikianlah dalam usaha PAS untuk mendapat sokongan mereka sanggup mengkafir orang Melayu yang tidak menyertai parti PAS. Dengan ini gejala sosial menimpa keluarga Melayu kerana ada ahli PAS yang mengkafir ibubapa mereka dan menganggap perkahwinan mereka tidak sah. Sehingga ke hari ini pun ada tempat di mana orang Melayu tidak sembahyang bersama.

Sebenarnya, taktik Mahathir ini adalah kerana berang dengan PAS yang enggan bekerjsama dengan PPBM.

Dengan sokongan kuat satu parti Melayu yang besar sahaja sesebuah parti di Malaysia ini akan berjaya sekurang-kurangnya menang banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum (PRU).

PPBM dan Pakatan Harapan perlukan PAS untuk menang tapi PAS enggan kerana PPBM ada hubungan dengan DAP dalam satu pakatan.

Bekas Presiden UMNO itu sebenarnya takut apabila mengetahui PAS akan bertanding di 80 kerusi pada PRU ke-14 nanti kerana Pakatan Harapan (PH) tidak akan ada peluang untuk menang jika Barisan Nasional (BN) turut bertanding.

Tuduhan Mahathir bahawa penubuhan PAS untuk memecahbelahkan orang Melayu adalah salah sama sekali. Beliau yang sebenarnya memecahbelahkan orang Melayu dengan menubuhkan PPBM dan mencuri ahli dari UMNO dengan menghasut mereka dengan pelbagai tuduhan supaya meninggalkan parti keramat orang Melayu itu.

Tindakan Mahathir berbalah dengan Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li selepas pemilihan UMNO pada sekitar 80-an juga menyebabkan perpaduan orang Melayu hancur.

Pada masa itu wujudnya Team A dan Team B antara mereka yang menyokong Mahathir dan Ku Li sehingga UMNO berpecah dan wujudnya parti Semangat 46.

Kini, beliau sendiri adalah dalang perpecahan orang Melayu apabila mewujudkan PPBM dengan yang diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden dan anaknya Datuk Seri Mukhriz sebagai Timbalan Presiden dengan niat menggunakan pengaruh orang Melayu yang berpecah itu menjatuhkan kerajaan BN.

Seperti gaya orang tua berbalah, Mahathir kini lebih suka mengungkit cerita lama membabitkan orang lain tapi jarang beliau mengungkit berkenaan kesalahan serta kekurangan dirinya semasa menjadi Perdana Menteri dan memohon maaf atas segala keterlanjuran. –  pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*