Bagaimana PPBM Mahu Perjuangkan Melayu Jika Berada Bawah DAP?

Share This:

Untuk memimpin bangsa Melayu yang merupakan bangsa dengan penduduk berjumlah majoriti di negara ini, sesebuah organisasi perlulah memiliki kuasa yang besar dan pengaruh yang kuat serta berjaya mempengaruhi penduduk lain untuk hidup bersama dalam satu negara yang aman.

Itu yang ditunjuk dan dibuktikan oleh UMNO dengan Barisan Nasional (BN) mentadbir negara dengan baik melibatkan semua masyarakat majmuk di dalam Malaysia.

Parti baru PPBM yang memperjuangkan nasib kaum pribumi di negara ini iaitu Melayu dan kaum bumiputera lain, perlu menjelaskan bagaimana mereka hendak memperjuangkan nasib orang lain jika parti mereka sendiri berada di bawah naungan parti lain.

PPBM merupakan parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) yang didalangi parti utamanya iaitu DAP parti dengan majoriti ahli daripada bangsa Cina.

Apa perancangan jangka panjang PPBM yang dipengerusikan oleh Tun Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden untuk orang Melayu?

Waktu dulu tidak boleh dijadikan perbandingan kerana selama 22 tahun Mahathir kononnya berjaya membangunkan orang Melayu kerana ketika itu dia di dalam UMNO sebagai Presiden dan Perdana Menteri.

UMNO pada masa sejak merdeka terus kekal dengan parti menang jumlah kerusi terbesar dalam BN.

Dalam PH, PPBM hanya ada satu kerusi Parlimen sahaja iaitu Pagoh diwakili Muhyiddin, bagaimana perjuangan untuk orang Melayu boleh jadi kenyataan.

Jangan hanya menggunakan ayat retorik hendak berbakti kepada rakyat lebih baik daripada BN dan UMNO kerana apa ertinya kuasa jika PPBM bernaung di bawah parti yang pernah dikatakan sebagai musuh hidup matinya dulu.

Sudah tentu PPBM terpaksa merujuk kepada DAP, PKR dan PAN untuk mendapatkan konsensus bersama sebelum melaksanakan apa sahaja langkah perjuangan untuk orang Melayu.

Apa guna kalau perjuagan sebegitu rupa, tidak seperti UMNO yang boleh menentukan hala tuju bangsa Melayu dengan baik dan lancar.

Pemimpin PPBM harus segera menjawab dan menjelaskan apa perancangan dasar dan jangka panjang mereka untuk orang Melayu jika terpaksa bergerak di bawah DAP dan parti lain dalam pembangkang.

Secara hakikatny, perjuangan itu memang akan nampak tempang dan banyak agenda Melayu bakal gagal jika PPBM memperjuangkannya. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

One thought on “Bagaimana PPBM Mahu Perjuangkan Melayu Jika Berada Bawah DAP?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*