Anak Hadi Awang Diisytiharkan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Yang Baru

Share This:

Anak Presiden PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi diisytiharkan sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat yang baru menggantikan Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz bagi sesi 2017 hingga 2019 selepas menang tanpa bertanding jawatan berkenaan.

Beliau adalah anak kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga menang tanpa bertanding jawatan tertinggi dalam parti itu.

Muhammad Khalil, sebelum ini memegang jawatan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS.

Nik Mohd Abduh, yang juga merupakan Ahli Parlimen Pasir Mas melepaskan jawatan kerana ingin memberi laluan buat muka baharu.

Beliau kini bertanding bagi salah satu posisi dalam Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Selain itu, Lembaga Pemilihan PAS Pusat turut mengumumkan Khairil Nizam Khiruddin sebagai Timbalan Ketua Dewan Pemuda yang baharu selepas beliau juga menang tanpa bertanding.

Khairil Nizam sebelum ini memegang jawatan Naib Ketua Dewan Pemuda.

Sementara itu, Ahmad Fadhli Shaari diisytiharkan sebagai Naib Ketua yang baharu bagi sesi kali ini setelah memegang jawatan Ketua Penerangan Dewan Pemuda sebelum ini.

Walau bagaimanapun, pengundian bagi 12 Ahli Jawatankuasa pergerakan tersebut akan diteruskan daripada kalangan 14 calon yang bertanding.

Pemilihan tersebut akan diadakan dalam Muktamar Dewan Pemuda Pas pada 27 April ini di Alor Setar, Kedah. –  pru14.tv

Comments

comments

Related Post

One thought on “Anak Hadi Awang Diisytiharkan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Yang Baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*