Aidil Zafuan Rimas Sering Diganggu Rita Rudaini

Share This:

Umum mengetahui hubungan Rita Rudaini dan bekas suaminya, Aidil Zafuan memang tidak pernah baik sejak mereka bercerai. Terbaru pula, menerusi Instagram, Aidil telah meluahkan rasa bengang dengan sikap Rita yang belum ‘move on’ kerana memetik nama isterinya, Zarema Zainal di dalam ruangan komen ketika bersembang dengan peminatnya.

Dalam nada yang cukup marah, Aidil urut mempertikaikan tindakan Rita yang tidak pernah berhenti menganggu hidupnya biarpun sudah bercerai empat tahun lalu. Menerusi posting terbabit, ramai juga yang turut berang dengan tindakan Rita yang dilihat seperti meroyan dengan perkara lama seolah tidak senang dengan kebahagiaan Aidil sekarang.

Sejujurnya rasanya tidak perlu Rita memetik nama isteri Aidil lagi, buang air keruh ambil yang jernih. Teruskan dengan kehidupan anda, sampai bila mahu menoleh ke belakang. Tetapi pada masa yang sama, hairan juga macam mana Aidil boleh perasan nama isterinya dipetik dalam berpuluh komen di situ kalau diri sendiri tak rajin memerhati bukan.

Comments

comments

Related Post

One thought on “Aidil Zafuan Rimas Sering Diganggu Rita Rudaini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*