Tidak Waras Tapi Mampu Menjaga Bayinya Dengan Baik

Share This:

Dua gambar ini dikatakan adalah seorang wanita di Filipina yang dikatakan mengalami penyakit mental tetapi telah melahirkan seorang bayi lelaki yang sihat.

Walaupun kelihatan hidupnya tidak terurus dalam kemiskinan serta ditambah dengan keadaan kesihatannya, dia dikatakan mampu menjaga bayi berkenaan dengan baik.

Pada masa kini, orang waras pun susah hendak menjaga bayi yang dilahirkan. Ada yang dipukul malahan ada yang dibuang tanpa belas kasihan di tempat-tempat yang tidak sepatutnya.

Bagaimanapun, wanita ini membuktikan biarpun tidak waras tetapi mampu menjaga anaknya walaupun dalam keadaan serba kekurangan.

Berita tersebut telah tersebar luas dan orang ramai kagum dengan ketabahan wanita itu.

Bagaimana wanita tidak waras itu boleh mengandung tidak dinyatakan tetapi ia dikatakan berlaku di negara jiran kita iaitu Filipina.

Bayi berkenaan nampak tenang dan selesa di sisi wanita itu yang benar-benar nampak menjaganya dengan baik.

Netizen juga kagum dengan keadaan wanita berkenaan dengan bayinya dan berharap ada pihak yang tampil untuk membantu memberikan bantuan yang sewajarnya kepada wanita berkenaan dan anaknya. –  pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*