Selangor : Exco PAS Perlu Jelaskan Apa Arahan Abdul Hadi Awang Kepada Mereka

Share This:

Tiga orang Exco Kerajaan Negeri Selangor dari PAS perlu memberikan penjelasan apakah arahan yang diberikan oleh Presiden mereka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung kedudukan mereka dalam barisan pentadbiran kerajaan.

Sebelum ini, seorang dari mereka iaitu Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata mereka menunggu arahan daripada Abdul Hadi sama ada untuk terus kekal atau keluar dari Kerajaan Negeri Selangor.

Selain Iskandar, dua lagi anggota Exco kerajaan negeri daripada PAS ialah Zaidy Abdul Talib dan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi.

Apakah arahan sebenar dari Abdul Hadi memandangkan kenyataan beliau dalam satu ceramah di Rusila, Terengganu beliau menamakan parti DAP sebagai anak butir tahi kepada parti PAP yang memerintah Singapura.

Walaupun nampak keras dan tepat kata-kata beliau, tapi pasti ada arahan yang meminta semua Exco Kerajaan Negeri di Selangor untuk terus di dalam kepimpinan negeri bersama-sama dengan PKR dan DAP.

Para penyokong PAS sudah pasti mahu tahu apakah sebenarnya yang membuatkan PAS masih bekerjasama dengan kedua-dua parti itu di negeri Selangor sedangkan di negeri-negeri lain hubungan antara parti-parti itu sudah pun diputuskan.

Hakikat sebenarnya, PAS juga sudah tidak ada lagi di dalam pakatan pembangkang selepas disingkirkan ketika Pakatan Rakyat berkubur.

Kini yang ada bersama-sama dengan DAP ialah PKR, PAN dan PPBM sahaja. Runding pengagihan kerusi juga sudah pun dibuat tanpa kehadiran PAS yang sudah tidak ada kena-mengena dengan mereka.

Jadi, mengapa PAS masih mahu kekal dalam Exco Kerajaan Negeri Selangor sedangkan PKR dan DAP tidak mahukan mereka di dalam kerajaan negeri pada masa akan datang.

Jangan ketika berceramah, Abdul Hadi seakan-akan sudah amat benci dengan DAP tapi di balik tabir ada agenda tersembunyi antara kedua-dua parti itu.

Di peringkat Pusat, nampaknya PAS sudah berbaik-baik dengan UMNO tapi di Selangor dalam diam-diam pula masih berhubungan baik.

Eloklah para Exco berkenaan memberitahu penyokong PAS, apakah sebenarnya muslihat Abdul Hadi dan arahan beliau kepada mereka. – pru14.tv

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*