Sejarah Tidak Berbohong, DAP Sebuah Parti Fahaman Komunis

DAP telah menanam doktrin kebencian orang Melayu kepada UMNO supaya memudahkan proses menjatuhkan UMNO hasil dari penentangan orang Melayu sendiri,

Melayu  yang  sudah melupakan langsung perjuangan UMNO-BN, terus diasak pemikiran mereka dengan berbagai fahaman dan ikutan barat yang mana telah menidakkan apa yang dilakukan oleh kerajaan untuk Malaysia khususnya dalam menjaga kepentingan Melayu.

DAP terus  menjadikan orang-orang Melayu sebagai proksi mereka untuk menguasai Malaysia. Namun setelah mereka menguasai negara nanti, Melayu yang dianggap sebagai balaci-balaci ini akan dibuang seperti sampah atau dilayan seperti anjing.

Nampaknya orang Melayu tidak pernah mahu mengambil iktibar dari penyingkiran orang-orang Melayu di Singapura. Penyingkiran yang mana tidak ubah seperti mana yang sedang dilakukan oleh DAP di Pulau Pinang.

DAP mengambil teladan pemerintahan ini dari  PAP yang mana memastikan majoriti  Melayu yang berkuasa di Singapura disingkirkan atas nama pembangunan dan  terus memencilkan kelopok terbesar Melayu menjadi kumpulan kelompok yang lebih kecil agar mudah dikawal.

Jika kita lihat senario politik yang menjadi amalan DAP, ianya  saling tidak tumpah dengan apa yang dilakukan oleh PAP di Singapura, Matlamat yang sama. Perkara ini dapat kita lihat bagaimana gerak kerja yang dilakukan sinonim dengan apa yang telah berlaku di Singapura.

Begitu juga dalam politik DAP dan PAP mempunyai matlamat yang sama sejak 1964 lagi. Matlamat yang telah diteruskan apabila PAP menguasai Singapura. Apakah yang dikatakan matlamat yang sama itu? Sudah pasti ianya melibatkan hak-hak kepunyaan Melayu , Raja dan juga  Negara ini.

Begitu juga dengan matlamat untuk menguasai negeri strategik yang  menjadi  idaman DAP dan PAP . Kita pernah mendengar bahawa DAP mahukan lima buah negeri yang berada di pantai barat semenanjung untuk dikuasai. Mengapa?

Kelima buah negeri yang berada di Pantai Barat Semenanjung ini adalah kawasan yang berpotensi dalam  menghasilkan dana yang cukup besar. Kelima buah negeri ini pada asasnya mempunyai pelabuhan dan hasil sumber serta rangkaian pengangkutan yang  terbaik.

Singapura telah berminat terhadap  lima negeri Tanah Melayu, iaitu Selangor, Pulau Pinang, Johor, Melaka dam Negeri Sembilan sejak dari tahun 1964. Dasar-dasar ini diteruskan oleh DAP dan pada ketika itu  Perdana Menteri Singapura adalah Lee Kuan Yew dari parti PAP (People Action Parti).

Sebelum Lee Kwan Yew menjadi  Perdana Menteri Singapura  beliau merupakan  Setiausaha Agung PAP, berjaya menjadi Perdana Menteri Singapura dengan memenangi pilihanraya Singapura dengan bergitu besar sekali.

Pada 5 Jun 1959 selepas menang 43 daripada 51 kerusi Dewan Perundangan Singapura yang pilihan rayanya diadakan pada 1 Jun 1959. Tetapi apa yang amat  mengejutkan, bahawa kemenangan ini  dilakukan dengan penipuan sebagaimana dilakukan oleh DAP dalam pemilihan CEC.

Mana tidaknya jika PAP dalam pengundian  yang dilakukan di Singapura telah mengunakan sokongan komunis untuk memenangi pilihanraya tersebut. Begitu juga dengan DAP yang mana melalui pendekatan yang sama .

DAP telah mengambil dan melantik bekas aktivis PAP (People’s Action Party), Dr. Chen Man Hin dilantik sebagai penasihat seumur hidup DAP. Chen menjadi ahli PAP ketika parti yang didominasi kaum Cina dari Singapura itu membuka cawangan di Tanah Melayu pada tahun 1964.

Justeru itu tidak hairanlah  apabila kita melihat bagaimana  pergerakan DAP dalam apa juga keadaan terus menidakkan suara dan hak kaum yang lain dan melakukan penyingkiran kaum Melayu di Pulau Pinang dalam usaha mengurangkan majority Melayu pada satu satu kawasan.

Walaupun DAP menafikan bahawa  parti  tersebut mempunyai asas komunis dalam perjuangannya  sekali gus tidak dapat menolak  peristiwa penubuhan DAP itu sendiri. Ini adalah fakta yang seharusnya dilihat dan diterima oleh rakyat Malaysia agar tidak terus terpengaruh dengan dakyah DAP.

DAP yang diasaskan oleh Ahli Parlimen PAP Bangsar, Devan Nair pada tahun 1966 mempunyai elemen Komunis. Nair menggunakan nama baharu dengan membuang perkataan ‘People’ diganti dengan ‘Democratic’, dari ‘People Action Party’ (PAP) menjadi Democratic Action Party (DAP).

Perubahan pada huruf “P” kepada “D” itu adalah disebabkan  penjabat Pendaftaran tidak meluluskan nama PAP sebagai sebuah pertubuhan setelah  Singapura tersingkir dari Malaysia.

Membuktikan bahawa DAP sedang dan sememangnya mengamalkan  perjuangan komunis,  pegawai eksekutif kanan badan pemikir DAP Kerajaan Pulau Pinang, Penang Institute, Steven Sim Chee Keong mengakui bahawa Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) pernah menyanyikan lagu Komunis dalam kongres Pemuda DAP.

Lagu komunis yang dimaksudkan itu berjudul “Internationale” Sejarah asal usul lagu Internationale. Pemuda Sosialis DAP menyanyikan lagu ini semasa Kongress sayap pemuda tersebut.

Walaupun nama berbeza, namun perlembagaan DAP termasuk berkenaan tata cara pemilihan pemegang-pemegang jawatan parti disalin daripada PAP Singapura. Pendaftaran DAP diluluskan oleh Pendaftaran Pertubuhan pada Mac 1966.

Dakyah DAP serta matlamat mereka sama dengan komunis tetapi mereka lakukan dengan cara berpolitik bukan lagi dengan mengangkat senjata. Tapi matlamat mereka tetap sama. Matlamat yang tidak pernah berubah untuk menjadikan Malaysian Malaysia. Menyanyikan lagu Komunis-Internationale dan perjuangan DAP yang memartabatkan Malaysian Malaysia mempunyai perkaitan.

Ingatlah kembali tema DAP iaitu MALAYSIAN MALAYSIA. Apakah maksud MALAYSIAN MALAYSIA ini? Bukankah maksudnya memberi hak kesamarataan terhadap semua kamu. Bukankah ianya sama juga dengan apa yang diperjuangkan oleh PKM dahulu?

Jadi tidak hairanlah  DAP yang ada sekarang ini adalah pendokong kepada agenda PAP yang mana mahu memastikan Malaysia ini menjadi milik DAP seterusnya  untuk menjayakan matlamat tersebut DAP tiada cara lain dengan menggunakan Melayu sebagai senjata  mereka.

Ramai yang begitu marah apabila kita mengatakan bahawa DAP adalag sebahagian jiwanya adalah komunis. Bila kita katakan  DAP adalah serpihan Komunis, ramai di kalangan bangsa Melayu kita terutamanya pada yang menyokong perjuangan DAP menolaknya.

Sekarang apa lagi mahu disembunyikan jika ianya adalah benar. Siapa lagi yang memperjuangkan DAP? Siapa lagi yang mahu lihat negara kita di bawah telunjuk Cina DAP ini lagi. Mereka ini adalah penyokong dan pemimpin Melayu Pakatan Harapan  yang ada sekarang.

  • PRU14.tv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *