PPBM Hanya “Anak Tabung Uji “ Lahir Dari Pemimpin Bernafsu Besar

Share This:

MASIHKAH anda ingat selepas keputusan Khairuddin Abu Hassan mengistiharakan keluar dari PPBM atas sebabnya tersendiri, langkah ini di ikuti oleh  seorang lagi  pengikut yang berjawatan didalam  Persatuan Kelab Penyokong PPBM. Kemudian beberapa cawangan PPBM pula lumpuh apabila ahli keluar parti secara beramai-ramai.

Saheme adalah   Pengerusi Kelab Penyokong  Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM)  yang mana melihat  penubuhan PPBM ini tidak melalui dasar-dasar perjuangan yang jelas. Penarikan diri kedua orang kuat PPBM ini  merupakan satu tamparan yang cukup hebat kepada kepimpinan PPBM.

Difahamkan menurut sumber terdekat, PPBM sekarang telah mempunyai beberapa pecahan kumpulan  penyokong secara berasiangan. Diantara kumpulan tersebut ialah Kumpulan Mahathir, Kumpulan Muhyiddin dan Kumpulan Mukhriz.

Pengunduran Saheme dan Khairuddin ketika itu adalah satu tamparan yang cukup hebat untuk Mahathir yang mana dilihat sebagai satu kegagalan dalam bentuk penyatuan didalam sebuah parti yang baru ditubuhkan.

PPBM  pada dasarnya dilihat mahu memperjuangkan ketidakadilan yang dikatakan oleh Mahathir didalam Barisan Nasional. Penubuhan PPBM hanya berkisar kepada isu semasa dan bukan kepada permasalahan rakyat khususnya.

Namun baru setahun jagung PPBM kini sedang bergolak  diantara sesama mereka sendiri berkaitan dengan perebutan jawatan dan  telah menjadikan isu dalaman PPBM semakin meruncing. Retak mencari belah dan belah menunggu hancur, itu lah PPBM sekarang.

Amat jelas sekali bahawa PPBM tidak mampu memperjelaskan hala tuju perjuangan parti itu sebenarnya. Malah kini PPBM sedang dilihat dan sedang diperbodohkan oleh DAP yang hanya mahu mempergunakan  kedudukan penyokong PPBM sebagai pelengkap sokongan kepada DAP semata-mata.

GKCM pada satu ketika dahulu adalah merupakan penyokong tegar kepada PPBM yang mana  bersetuju dan selaras dengan agenda PPBM untuk menumbangkan Presiden UMNO , Pengerusi Barisan Nasional  yang dinakhodai oleh Dato Sri Najib Razak.

PPBM  memeterai kerjasama dalam Pakatan Harapan yang turut disertai oleh DAP, PKR dan PAN. Perjanjian ini yang diketuai oleh  DAP telah menutuskan 5 teras perjuangan pakatan Harapan untuk Malaysia.

De­ngan diketuai oleh bekas Perdana Menteri, bekas Timbalan Perdana Menteri dan bekas Menteri Besar, PPBM ternyata bercita-cita tinggi dan tanpa menyukat kedudukan diri didalam sebuah parti paling rasist , PPBM cuba mengemukakan cadangan. Namun  cadangan tersebut tidak dipandang sebelah mata pun oleh DAP.

Pemimpin-pe­mimpin PPBM terus ‘bermimpi’ tanpa menilai atau mengkaji di mana kedudukan mereka didalam DAP dan sentiasa berfikir mereka sepertimana didalam Barisan Nasional yang mengamallkan konsep menerima dan menimbangkan cadangan.

PPBM lupa bahawa mereka adalah”Anak Tumpang” didalam Pakatan Harapan atau lebih molek lagi boleh dikatakan “Anak Tabung Uji” yang mana hasil kelahiran mereka dari keghairahan nafsu orang lain.

Lebih melucukan apabila Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan nama gabungan pembangkang sebagai ‘Barisan Rakyat’ dengan ‘slogan’ ‘Barisan Rakyat’ menentang BN. Lebih hebat lagi Muhyiddin mencadangkan gabungan itu berteraskan Melayu yang mana parti tersebut akan menjadi parti utama mendukung perjuangan berkenaan

Sekarang ramai rakyat melihat bahawa PPBM hanya sebuah parti politik yang tidak mempunyai mandat atau agenda penubuhannya. Agenda yang samar untuk diketengahkan untuk  membela siapa? Mahathir atau DAP atau rakyat?

Jelas sekali, PPBM hanya sebuah parti yang dianggotai oleh orang-orang yang bernafsu dalam jawatan dan berkepentingan diri semata mata , tidak lebih dari itu.

Jadi tidak hairanlah  kekecamukan politik dalaman PPBM sememangnya sudah dijangka sejak awal lagi. Hanya orang yang bernafsu besar sahaja yang akan mernganggotai PPBM untuk mencari laba poltik bukan untuk rakyat tetapi untuk diri sendiri.

Rakyat harus sedar bahawa dengan menolak PPBM ianya akan menjadikan  DAP  dalam keadaan terumbang-ambing untuk memperkudakan Melayu melalui teras 5 Pakatan Harapan dan menjadikan Malaysia sebuah Negara yang tiada nilai Islam dan kemelayuan sebagaimana yang dilakukan sekarang oleh Barisan Nasional.

  • PRU14.tv

 

Comments

comments

One thought on “PPBM Hanya “Anak Tabung Uji “ Lahir Dari Pemimpin Bernafsu Besar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*