Peter Chong Yang ‘Hilang’ Sudah Pulang

Share This:

Sejak dilaporkan hilang pada 6 April lalu, aktivis Peter Chong, 54, akhirnya pulang ke Malaysia dari Pattaya, tengah hari Ahad.

 

Foto: The Sun Daily
 
Ketibaannya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini, sekali gus melenyapkan spekulasi yang mendakwa dia diculik.
 
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar turut mengesahkan kepulangan Peter menerusi laman sosial mikro Twitter miliknya dengan memuat naik dua keping gambar Peter berserta kapsyen “Syabas @PDRMsia Kuala Lumpur. ‘Peter Chong yang ‘hilang’ sudah kembali dari Pattaya.”
 
 
Foto: Twitter Khalid
Memetik BH Online, sehari selepas dia dikesan hilang dari rumahnya pada 7 April lalu, Peter dikesan memasuki Thailand melalui pintu sempadan di Bukit Kayu Hitam, Kedah.
 
Terdahulu, Khalid mengklasifikasikan kes Peter sebagai orang hilang kerana tiada bukti kukuh dia diculik atau dilarikan.
 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa berkata Peter masih berada di KLIA untuk disoal siasat. –

Comments

comments

Related Post

One thought on “Peter Chong Yang ‘Hilang’ Sudah Pulang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*