Penonton Rimas Achey Mengacara GGV, Bingit Dan Menjengkelkan

Share This:

Program Gema Gegar Vaganza (GGV) nampaknya mendapat sambutan yang baik dan mempunyai peminatnya yang tersendiri. Sudah dua minggu bersiaran, rata-ratanya terkesan melihat persembahan para peserta yang penuh dengan mesej kerohanian.

Namun di sebalik kemeriahannya, ramai juga yang tidak berpuas hati dan meluat dengan cara pengacaraan Achey.

Bising, bingit dan membuat lawak hambar adalah antara sebab pengacara GGV itu dikutuk.



Namun, pelawak terkenal ini mempunyai penjelasannya yang tersendiri.

“Saya dipilih untuk mengacarakan program itu adalah untuk menghiburkan dengan cara saya. Pihak produksi minta saya menjadi diri saya sendiri ketika berada di atas pentas.

“Pada awalnya iaitu segmen pertama, saya cuba untuk merendahkan suara tapi ditegur pihak produksi kerana tidak mahu program itu terlalu mendatar,” ujarnya kepada mStar Online.

Foto: mStar Online

Bukan itu sahaja, cara Achey berinteraksi dengan peserta dengan menggunakan ‘aku’ dan ‘kau’ juga dikatakan agak kasar.

“Saya dan peserta memang rapat dan mereka sendiri tidak mahu saya memanggil mereka dengan ganti nama awak atau abang. Lagi pula bila saya penggil dengan cara itu mereka akan rasa selesa dan tidak gementar.”

Apa-apa pun, ambil teguran ini secara positif supaya Achey dapat memperbaiki diri untuk menjadi pengacara yang lebih baik kelak.

Foto: mStar Online

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*