Inilah Jadi Bila Cemburu Tak Kena Tempat

Share This:

Terbih dahulu, ingin saya nyatakan, ini bukan kisah masalah cuma nak share pasal kes cemburu buta. Adik ipar saya ni kuat cemburu. Sangat kuat. Jadi dia punya cemburu tu menyebabkan kami geli hati dan ketawa.

Kalau ada bas lalu depan rumah kami. Adik ipar saya mesti cakap suami dia, ‘Kenapa tengok bas tu?’. Setelah itu, suami dia akan tundukkan kepala.

Tambah adik ipar saya, ‘Kenapa tunduk? Ada teman wanita kau ke dlm bas tu??. Saya ketawa je la sebab dia cemburu tahap macam tu.

Kalau kami makan di luar. Ada perempuan tengok suami dia, tiba-tiba dia naik angin. ‘Kenapa perempuan tu tengok-tengok kau??!’.

Kadang-kadang, suami adik ipar saya tu selalu gaduh pasal telefon. Kalau ada suara perempuan call biarpun salah nombor boleh jadi perang dunia.

Dia kadang-kadang nombor kawan perempuan dia save dalam telefon suami dia. Lepas tu, boleh tanya suami dia ‘ni perempuan mana??’. Sampai bergaduh mereka. Bila call rupanya member isteri dia sendiri. Hahahaha.

Tapi dari kisah hidup dorang suami isteri ni, suami adik ipar memang tak pernah curang. Tak pernah buat hal. Cuma isteri dia macam tu sejak mereka bercinta lagi sebab suami adik ipar saya tu saya kenal pun dah lama. Apa pun isteri dia cakap. Dia ikutkan je sampikan isteri dia kata jangan bawa telefon pergi kerja pun, dia ok je.

Oleh itu, pengajaranya di sini adalah jangan terlampau cemburu. kadang-kadang cemburu ni boleh buat rumahtangga kita hari-hari tak senang duduk. Kena ada kepercayaan antara satu sama lain. Semoga jadi iktibar kepada kita semuaaa!

-pru14.tv-

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*