Gara-gara Nafsu, Janda Dicekup Khalwat Dengan Suami Orang

Share This:

Pagi semalam, seorang ibu tunggal yang dipercayai berkhalwat dengan suami orang, dicekup dalam serbuan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, di Lorong Kubur Maras, Jalan Langgar.

Wanita mempunyai dua anak, berusia 29 tahun itu ditahan bersama pasangannya, seorang penjawat awam beruniform berusia 30 tahun.

Dalam serbuan jam 2.15 pagi itu, penguat kuasa yang menerima maklumat awam melakukan intipan sebelum berjaya mencekup kedua-duanya ketika bersekedudukan dalam sebuah bilik di rumah berkenaan.

Menurut sumber, lelaki terbabit berasal dari Kedah dan sudah mendirikan rumah tangga, namun isterinya tinggal di Pulau Pinang kerana bekerja di negeri itu.

Lelaki berkenaan pula ditugaskan ke cawangan Kelantan sejak 10 bulan lalu, manakala janda terbabit berasal Kampung Kekabu, Pasir Mas, dan sudah empat tahun bercerai.

“Janda itu bekerja sebagai jurujual jam di sebuah kompleks membeli belah di Lembah Sireh, di sini, dan menyewa di sekitar tempat kerjanya.

“Berdasarkan siasatan awal, lelaki tersebut mengambil wanita itu dari bilik sewanya dan dibawa pulang untuk tidur bersama di rumah sewa lelaki,” katanya.

Menurutnya, rumah berkenaan disewa bersama tiga lagi rakan lelaki, namun masing-masing tidak mengetahui kegiatan lelaki berkenaan yang hampir setiap malam membawa pulang wanita tersebut secara bersembunyi.

“Anak-anak wanita itu dijaga mertuanya (ibu bekas suami), manakala lelaki terbabit belum memiliki anak.

“Mereka sudah berhubungan lebih tiga bulan lalu” jelasnya.

-pru14.tv-

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*