Dia Buat Lagi, Nicki Minaj Tayang Buah Dada Sempena Hari Easter

Share This:

Tak habis-habis dengan kontroversi, Nicki Minaj memang tidak kehabisan idea untuk menarik perhatian dunia pada dirinya.

Berbeza dengan orang lain yang menyambut Hari Easter dengan mengunjungi gereja, Nicki Minaj punya cara lain untuk meraikannya.

Kali ini dia tampil seksi lagi dengan memuat naik gambar separa bogel sambil mengucapkan ‘Selamat Hari Easter’ kepada peminatnya.

Foto: IG Nicki Minaj

Gambar yang dimuat naik di laman Instagram miliknya itu menunjukkan penyanyi rap ini mengambil gambar di hadapan cermin sambil sebelah tangannya menutup payudara.

Menurut kapsyen, dia sedang menjalani sebuah penggambaran video muzik terbaharu yang bakal keluar tidak lama lagi.

Ruangan komen dibanjiri dengan komen para peminat yang kebanyakannya teruja dengan penampilannya yang berani dan kelihatan lebih ‘segar’ dari biasa.

Foto: IG Nicki Minaj

Kita nantikan sahaja apa lagi yang bakal Nicki Minaj lakukan selepas ini.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*