Dewan Rakyat Bakal Dipenuhi Ahli Parlimen PAS Dan BN Selepas #PRU14 Nanti

Share This:

Semalam, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyarankan orang ramai supaya mengundi sama ada PAS atau UMNO pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti dan jangan mengundi Pakatan Harapan (PH).

Daripada fitnah, penipuan dan cara kerja parti dalam PH iaitu DAP, PKR, PAN dan PPBM, sepatutnya gabungan itu kalah teruk kerana tidak ada satu pun perkara yang mereka buat mementingkan kebajikan rakyat sebaliknya hanya memberikan pembohongan untuk menghasut rakyat.

Sepatutnya, pengundi hanya memangkah dua parti itu yang dilihat benar-benar konsisten dalam perjuangan mereka untuk rakyat.

UMNO sentiasa memperjuangkan nasib orang Melayu di negara ini termasuk rakyat bangsa lain sebagai parti terbesar dalam kerajaan Barisan Nasional (BN).

Bagi PAS, mereka sejak dulu memperjuangkan agama Islam di dalam parti mereka sehinggalah mereka berjaya membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) pindaan akta berkaitan Mahkamah Syariah iaitu Akta 355 atau dikenali sebagai RUU355.

Jika para pengundi mengikut apa yang dinasihatkan oleh Abdul Hadi, selepas PRU14 nanti, Dewan Rakyat di Parlimen akan dipenuhi oleh wakil rakyat dari BN dan PAS sahaja apabila banyak calon dari PH ditewaskan.

PH perlu diajar kerana apa yang mereka lakukan khususnya dalam menentang RUU355 untuk kepentingan umat Islam adalah melampau.

Watak-watak antagonis dalam PH seperti Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli ketika membangkang RUU berkenaan di Dewan Rakyat sama sekali tidak boleh diterima.

Itu belum lagi sikap Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang yang bangun pada awal-awal masa sebelum Abdul Hadi mula membentangkan RUU berkenaan mengganggu perjalanan sidang Dewan Rakyat seperti orang tidak masuk akal.

Pengajaran harus diberikan kepada mereka yang menjadi wakil rakyat tetapi mengabaikan tugas yang sepatutya tapi sibuk membuat kerosakan membangkang kerajaan BN dengan pelbagai tuduhan serta tohmahan tidak berasas. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

One thought on “Dewan Rakyat Bakal Dipenuhi Ahli Parlimen PAS Dan BN Selepas #PRU14 Nanti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*