Azizul Bakal Disambut Secara Besar-besaran Di Terengganu

Share This:

Bagi meraikan kejayaan Azizulhasni Awang yang menjadi juara Dunia Basikal acara Keirin Hong Kong minggu lalu, satu majlis sambutan secara besar-besaran akan dibuat.

Menteri Besar Dato Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, majlis sambutan itu dijangka akan diadakan pada hari Rabu depan sehari selepas Azizul tiba di Malaysia.

Katanya, dalam program itu juga akan diumumkan satu insentif istimewa untuk The Pocket Rocketman yang menjadi inspirasi kepada anak muda Terengganu.

‘Seluruh kepimpinan kerajaan negeri dan rakyat mengucpakn tahniah kepada Azizulhasni atas kejayaan merangkul juara Kejohanan Dunia di Hong Kong pada minggu lalu’.

‘Ia juga merupakan 1 lagi succes stories (Cerita Kejayaan) yang membuktikan anak Dungun Terengganu mencatat sejarah yang tak pernah terfikir oleh kita semua’

‘Ini amat membanggakan negeri dan rakyat Terengganu saya telah meminta Majlis Sukan Negeri membuat sambutan meriah untuk jaguh dunia yang sudah pasti menjadi suntikan semangat kepada anak-anakTerengganu yang lain supaya mencontohi Azizul’.

‘Sudah pasti satu pengumuman istimewa akan sy umumkan dalam masa terdekat sempena kepulangan beliau’.

‘Sebagai kerajaan negeri yang sentiasa mengiktiraf dan memberi insentif kepada mana-mana kejayaan dan kejuaraan kepada anak Terengganu dan satu pengumuman istimewa akan dibuat masa tdekat ini’

‘Kita akan umumkan bersama sambutan kepulangan Azizulhasni yang dijangka sambutan pada hari slasa Azizulhasni akan kembali ke Malaysia dan kita bercadang menymbut beliau pada hari rabu secara besar-besaran untuk menghargai dan memberi suntikan semangat apa yang dicapai oleh anak Dungun’ katanya ketika mengiringi Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menemui keluarga Azizulhasni termasuk bapa Awang Muda Embong di Rumah Rehat Daerah Dungun sebentar tadi.

Najib mengucapkan tahniah kepada keluarga Azizulhasni dan menyifatkan kejayaan meraih juara Keirin sebagai kejayaan kebanggaan Malaysia.

Sementara itu, dalam majlis yang sama Perdana Menteri turut berjumpa dan bergambar dengan kepimpinan UMNO Bahagian Dungun yang diketuai oleh Ketuanya Dato Din Adam dan Ahli Jawatankuasa bahagian itu.

-pru14.tv-

Comments

comments

Related Post

One thought on “Azizul Bakal Disambut Secara Besar-besaran Di Terengganu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*