Awas… Nama Terlibat Dalam Rasuah FBI Dan DOJ Bakal Terbongkar

Share This:

Nama-nama siapa yang terlibat dalam cubaan menyogok pihak Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) bakal terbongkar kelak.

Perkara besar itu didedahkan Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata nama-nama itu akan didedahkan oleh beliau pada masa yang sesuai.

Pada 24 Mac lepas, Ramesh membuat satu kenyataan bahawa beliau ada maklumat bahawa ada pegawai dari FBI dan DOJ terlibat dalam rasuah berkaitan siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MBD).

Beliau berkata, pihak yang dirasuah itu memainkan peranan untuk mempengaruhi dua organisasi berknenaan sehingga satu saman sivil boleh diumumkan difailkan ke atas 1MDB serta kononnya akan merampas beberapa aset syarikat berkenaan.

Menurut beliau ada maklumat bahawa pihak DOJ telah ditipu dengan maklumat dan fakta yang palsu dengan niat untuk memberikan imej buruk kepada Malaysia.

“Saya akan dedahkan nama-nama mereka apabila tiba masa yang sesuai nanti,” kata Ramesh.

Ramesh berkata sebelum ini, pihak berkuasa Switzerland telah awal-awal menyatakan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bukan suspek atau subjek siasatan pihak DOJ.

“Pihak pembangkang di Malaysia masih lagi menuduh Najib menyembunyikan fakta dan mengulangi persepsi bahawa sebearnya Najib yang terlibat,” katanya.

Pada awal-awal lagi, saman yang diumumkan sebelum ini oleh pihak DOJ nampak ada ‘lompang’ dan beberapa kelemahan serta nampaknya sudah terhenti dan kini senyap begitu sahaja.

Pihak berkenaan juga tidak pernah menamakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai defendan atau subjek siasatan mereka.

Ramesh berkata, pembangkang begitu cepat mengambil kesempatan menggunakan saman ini untuk memburukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk mewujudkan persepsi buruk dan negatif kepada kerajaan.

Sogokan berkenaan hanya memerlukan FBI dan DOJ membuat pengumuman berkenaan untuk digunakan oleh pembangkang untuk merancang kerja jahat seterusnya.

“Saman itu tidak penting jika ia benar atau tidak kerana mereka hanya memerlukan pengumuman itu dan kemudian segala kerja jahat mewujudkan tuduhan-tuduhan bohong sudah dirancang oleh pembangkang ke atas 1MDB, kerajaan dan Najib,” ujar Ramesh. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*