Aktiviti Mesin Judi Selangor Didalangi Ikan Jerung Bergelar ‘Tan Sri’ Dan ‘Datuk’?

Share This:

Kini, semakin menjadi-jadi aktiviti jenayah terancang ini. Ianya bagaikan kulat di musim tengkujuh premis-premis mesin judi ini tumbuh. Tidak nampak seperti mereka yang terlibat dengan jenayah ini takut atau gerun dengan pihak berkuasa tempatan dan juga undang-undang.

Malah seakan penjenayah ini menang di dalam “pertandingan perlumbaan larian jarak jauh”. Penguatkuasa seperti menyerah kalah. Operasi serbuan dan ‘operasi membuka pusat mesin judi’ umpama silih berganti. Pagi serbu dan tutup, sebelah malam operasi berjalan seperti biasa.

Paling berani tindakan mereka yang menjalankan jenayah terancang ini lakukan adalah, pada sebelah pagi penguatkuasa membuat operasi merampas mesin judi dan menyita premis dengan memotong sumber bekalan letrik dan air. Tidak sampai satu minggu penjenayah terancang ini membuka pusat mesin judi di premis baru di kawasan yang berdekatan.

Siapa ada di belakang mereka sebenarnya?

Penguatkuasa termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti sudah keletihan untuk melawan aktiviti jenayah terancang atau kartel mesin judi ‘menang’ dengan ‘umpan’ yang semakin besar?

Apakah wujud amalan rasuah antara kartel mesin judi dan segelintir pegawai PBT dan agensi penguat kuasa tempatan yang lain?

Menurut sumber, kartel mesin judi di Selangor dan Kuala Lumpur didalangi oleh individu yang bergelar ‘Datuk’ dan ‘Tan Sri’? Mereka cukup licik dan berselindung di sebalik gelaran dari istana yang mereka perolehi.

Kes Contoh:

Terkini, kartel mesin judi ini dengan mudah membuka operasi perniagaan haram mereka di kawasan perumahan rumah murah. Pangsapuri rumah murah di kawasan majlis perbandaran seperti Majlis Perbandaran Subang Jaya menjadi sasaran utama.

Pangsapuri rumah murah seperti ini biasa di bawahnya ada lot perniagaan yang sudah sekian lama tidak disewa dan ianya adalah menjadi sasaran utama kartel mesin judi.

Pemilik premis mungkin terdesak kerana sukar mencari penyewa dan yang paling bahaya sekiranya kartel mesin judi dengan mudah samada mengumpan pegawai PBT dan penguatkuasa tempatan yang lain atau pun mengaburi mata penguatkuasa tempatan dengan perniagaan ‘Hiburan Keluarga’.

Kenapa kerajaan Selangor seperti sudah mengaku kalah? Terlalu banyak pusat mesin judi dan tiada alasan untuk menghentikan operasi menghalangnya walaupun ketua kartel mesin judi berpangkat ‘Tan Sri’ atau ‘Datuk’ sekali pun.

Oleh itu, individu yang menggunakan gelaran agugerah istana ini wajar diburu dan diseret kemuka pengadilan. Mereka mungkin bukan sahaja ketua kartel mesin judi tetapi lebih dari itu.

Sumber : Skandal Malaysia

-pru14.tv-

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*