Abdul Hadi Gelar DAP ‘Anak Butir Tahi’, Tapi Di Selangor Macam Belangkas

Share This:

Satu perkara yang jadi masalah kepada PAS ialah mereka bercakap seolah-olah tegas tapi di belakang mereka kadangkala lebih teruk dari musuh mereka kini iaitu DAP.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika berceramah di Rusila, Terengganu 10 April lepas menggelarkan DAP sebagai parti ‘anak butir tahi’ parti PAP di Singapura.

Menurutnya, PAP adalah bapa kepada DAP di negara republik berkenaan dan PAP merupakan Kerajaan Pusat di Singapura.

“Dulu (semasa) Singapura dalam Malaysia, ada cawangan PAP di Malaysia. Bila Singapura keluar daripada Malaysia, PAP tukar jadi DAP.

“Jadi DAP ini anak butir taik PAP. (Saya) sebut dengan bahasa yang kasar sikit, ini dia,” katanya di majlis ceramah perdana di sana.

Ia difahamkan diadakan sempena kejayaan pembentangan rang undang-undang meminda Akta 355 (RUU355) di Dewan Rakyat di Parlimen.

Apakah benar-benar benci PAS kepada DAP kerana dilihat gelaran itu hanya ditujukan kepada DAP dalam lingkup Persekutuan sedangkan di negeri Selangor PAS dan DAP masih lagi berhubungan erat dan bekerjasama dalam kerajaan negeri.

Boleh dikatakan kerjasama dalam Kerajaan Negeri Selangor umpama PAS dan DAP seperti sedang bercium mulut dan sukar untuk dipisahkan.

PAS sudah dituduh sayangkan jawatan dan kerusi dalam Kerajaan Negeri kerana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS dalam kerajaan berkenaan memegang jawatan dalam Exco Kerajaan Negeri pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Dalam kerajaan negeri, ada tiga Exco wakil dari PAS iaitu Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad, Zaidy Abdul Talib dan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi.

Menurut, Iskandar sebelum ini mereka hanya menunggu arahan daripada Presiden iaitu Abdul Hadi sama ada perlu terus kekal atau keluar dari kerajaan negeri.

Jika begitu, maksudnya gelaran ‘anak butir tahi’ yang dilemparkan oleh Abdul Hadi kepada DAP adalah sekadar omong kosong sahaja selagi beliau tidak membuat arahan supaya semua wakil rakyat PAS keluar.

Di peringkat Persekutuan, DAP dan PAS sudah tidak mempunyai hubungan kerana DAP sudah memutuskan hubungan dengan mereka ketika dalam Pakatan Rakyat (PR) dan kemudian menubuhkan Pakatan Harapan (PH) tanpa ada PAS di dalamnya.

Pemerhati politik mahu PAS sedar diri dan segera memutuskan hubungan secara betul-betul dengan DAP di peringkat Persekutuan mahupun di peringkat negeri Selangor.

Jangan berdarama di atas pentas ceramah tapi sebenarnya erat berpegangan tangan serta berpelukan di belakang tanpa pengetahuan para penyokong PAS yang lain. –  pru14.tv

Comments

comments

Related Post

One thought on “Abdul Hadi Gelar DAP ‘Anak Butir Tahi’, Tapi Di Selangor Macam Belangkas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*