Nasharudin Sudah Jawab Isu Fitnah, Mana Rafizi Hendak Buat Cerita Baru?

Share This:

Ahli Parlimen PKR Pandan Rafizi Ramli kini sudah pasti sedang merancang untuk mencipta fitnah balas baru ke atas UMNO dan Barisan Nasional (BN) apabila satu tuduhan yang dibuat oleh beliau sudah dinafikan.

Rafizi mendedahkan kononnya bekas Timbalan Presiden PAS Datuk Nasharudin Mat Isa adalah individu yang menerima dana dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB) daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan menyerahkan dana itu kepada PAS.

Dalam soal PKR untuk mendedahkan sesuatu perkara, mereka tidak akan berani terus melaporkan perkara berkenaan kepada polis sebaliknya mereka hanya membuat tuduhan melalui surat Akuan Bersumpah (SD) sahaja.

Menjawab tuduhan berkenaan, Nasharudin mengeluarkan satu kenyataan yang menyatakan dengan tegas apa yang diperkatakan oleh Rafizi bertarikh 13 April lepas berkenaan adalah satu fitnah dan berniat jahat ke atas parti PAS.

“Saya dengan ini juga menafikan dengan sekeras-kerasnya pernah menerima apa jua bentuk bayaran dan atau sumbangan daripada sumber-sumber seperti yang dinyatakan oleh beliau melalui tuduhan yang tidak berasas dalam SD tersebut,” katanya dalam keterangan berkenaan.

Kemudian, Nasharudin berkata beliau sudah bersedia untuk memnberi kerjasama jika disiasat oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam tuduhan itu.

“Ingin juga saya menegaskan bahawa bukan sahaja saya bersedia untuk bekerjasama dalam sebarang siasatan oleh pihak SPRM.

“Bahkan saya juga telah menyerahkan kepada pasukan peguam untuk langkah seterusnya termasuklah memulakan tindakan undang-undang dan apa jua tindakan yang wajar untuk dilakukan menurut lunas undang-undang yang mana dianggap wajar dan suai manfaat,” katanya.

Sudah jelas, Rafizi merupakan alat kepada DAP untuk menjaja cerita baru memburuk-burukkan Perdana Menteri.

Dengan dirinya sudah hampir dipenjarakan kerana kesalaham melibatkan Akta Rahsia Rasmi 1972, namun bagi Rafizi ia sudah tidak berguna kerana jika diambil masa berbulan-bulan dari pada rakyat.

Kita lihat sahaja permainan yang sedang Rafizi rancangkan untuk terus memfitnah dalam isu ini pada masa akan datang. –  pru14.tv

Comments

comments

Related Post

One thought on “Nasharudin Sudah Jawab Isu Fitnah, Mana Rafizi Hendak Buat Cerita Baru?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*