Banyak ‘Ikan Jerung’ Yang Telah Diheret SPRM Ke Muka Pengadilan

Share This:

Diibaratkan, jerat dan pelanduk menjadi simbolik orang tua-tua berhubung dengan penjenayah dan pihak yang berkuasa. Jerat tidak pernah lupa pelanduk, itulah bukti bahawa selama ini pihak berkuasa tidak pernah ‘tidur’ memburu dalang yang merosakkan negara.

Hampir setiap hari rakyat Malaysia boleh menyaksikan sendiri bagaimana hasil pukat jerut SPRM mengheret jerung, bilis kemuka pengadilan. Jelas terbukti SPRM tidak pernah pilih bulu. Siapa sahaja dari yang tidak berpangkat kepada ketua pengarah jabatan. Dari orang awam kepada ‘Datuk’. ‘Datuk Seri’ bahkan yang mendapat gelaran ‘Tan Sri’ dari istana juga tidak terkecuali.

Menurut sumber SPRM. gejala rasuah yang melibatkan penjawat awam didapati serius sejak 10 tahun yang lalu. Dan sekiranya tidak dibendung dengan kerjasama semua pihak maka ianya bakal memberi kesan yang teruk kepada pentadbiran negara.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azam Baki pernah menegaskan bahawa antara faktor utama mendorong gejala rasuah adalah apabila transaksi ekonomi semakin meningkat berikutan negara yang sedang membangun.

Malah skandal jenayah rasuah dan penyalahgunaan kuasa ini juga turut melibatkan ‘Datuk’ yang bertanggungjawab mengepalai syarikat yang berkaitan kerajaan (GLC).

Kejayaan SPRM mengheret Ketua Kongsi Gelap kemuka pengadilan turut membongkarkan rahsia yang selama ini ada individu begitu bersungguh mendapat gelaran dari istana semata-mata untuk menunjukkan kepada kumpulan saingan mereka, kononnya kumpulan kongsi gelap mereka lebih berkuasa dan disegani oleh pihak berkuasa.

Pembongkaran wujudnya mereka yang mendapat gelaran dari istana ini membuktikan betapa aktiviti penyeludupan, pengedaran dadah, pemerdagangan manusia, perjudian dan pelacuran turut didalangi oleh individu yang bergelar ‘Datuk”, ‘Datuk Seri’ dan ‘Tan Sri’. Dengan kata lain individu yang bergelar ini selalunya terlibat di dalam jenayah yang terancang seperti yang tersebut.

Paling menggemparkan negara adalah bagaimana enam individu yang berpangkat ‘Datuk’ dan ‘Datuk Seri’ telah berjaya ditangkap bersama dengan 114 ketua kongsi gelap yang lain awal tahun ini.

Melihat kepada jumlah angka tangkapan, ianya perlu diberi perhatian oleh semua pihak termasuk SPRM sendiri. Angka itu bukan sedikit jumlahnya. Dan penglibatan dari individu yang mendapat gelaran dari istana bukan suatu angka yang sedikit bilangannya.

Wujud ‘Dalang’ dari dalam istana?

Kami pernah paparkan satu artikel yang bersumber berhubung dengan ‘permintaan’ seorang wakil rakyat supaya didedahkan siapakah dalang yang bertindak mencemarkan nama baik istana ekoran tertangkapnya seorang bergelar ‘Tan Sri’ yang cuba merasuah istana Johor. Rujuk berita di SINI.

Jenayah disebalik penggunaan gelaran istana ini amat bahaya. Selain daripada mereka dapat mengelirukan pihak berkuasa, mereka juga dilihat seolah ‘kebal’ dengan ‘menjual’ gelaran yang mereka perolehi dari istana.

Mungkin masih ramai lagi yang sedang berselindung dengan menggunakan ‘perisai istana’ ini. Mungkin mereka merasakan mereka kebal dan tidak mungkin disentuh oleh SPRM.

Malah, Istana Johor telah membuka pintu seluasnya untuk SPRM ‘melangkah’ masuk bagi memastikan dalang dapat ditangkap. Istana-istana lain juga turut mengambil langkah yang sama. Diharapkap SPRM dapat membendung dengan kadar segera gejala yang mencemar nama baik Sultan dan Raja Melayu, payung rakyat dan ketua agama Islam.

Daulat Tuanku!

-pru14.tv-

Comments

comments

One thought on “Banyak ‘Ikan Jerung’ Yang Telah Diheret SPRM Ke Muka Pengadilan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*