Terdesaknya Pembangkang Sampai #RespectMyPM Pun Mahu DIjadikan Isu!

Share This:

Kebelakangan ini, pembangkang di Malaysia seolah-olah ketandusan isu untuk menyerang kerajaan. Ini kerana kebanyakan isu dan fitnah yang mereka lemparkan telah berjaya ditangani dengan baik dengan ditambah lagi keadaan di dalam Pakatan Harapan yang pernuh bercelaru dan berperang antara satu sama lain.

Betapa teruknya mereka ketandusan isu sehinggakan satu gerakan di laman sosial Facebook dan Whatsapp yang menggunakan hashtag RespectMyPM tidak terlepas menjadi sasaran. Dalam satu kenyataan menerusi Malaysia Kini semalam, Ketua Penerang PKR, Syed Ibrahim Syed Noh dilaporkan mendesak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia menyiasat pengguna akaun palsu yang menaip hashtag berkenaan di laman sosial Facebook milik Perdana Menteri.

Dia berkata, dia menyokong penuh amaran mencegah pengguna internet daripada mengeluarkan kenyataan palsu. Apatah lagi jika dilihat pada setiap ‘post’ di Facebook Najib, terdapat segelintir pengguna akaun palsu yang menaip hashtag #RespectMyPM.

Kerajaan harus siasat perkara itu sama ada ianya dikeluarkan oleh pemilik akaun sebenar atau dibayar untuk memalsukannya demi memberi sokongan kepada Perdana Menteri semata-mata.

Dari kenyataan yang dikeluarkan Syed Ibrahim ini jelas menampakkan betapa pembangkang cukup “sakit mata” melihat bertambahnya sokongan terhadap Perdana Menteri di laman sosial seperti Facebook dan Whatsapp. Agak menghairankan, adakah mereka goyang dengan hashtag ini sehingga mendesak SKMM menyiasat penggunaan hashtag seperti ini?

Adakah ianya menyakiti PKR sekiranya ada pemilik akaun Facebook menyatakan sokongan mereka terhadap Perdana Menteri dengan menggunakan hashtag RespectMyPM? Apa relevannya desakan ini? Adakah Syed Ibrahim buta atau sengaja buat tidak nampak di saat akaun Facebook, Twitter mahupun blog Perdana Menteri dibanjiri dengan hashtag yang cukup biadab dan kurang ajar yang datangnya dari akaun palsu milik penyokong pembangkang?

Tidak wujud perkataan berbayar dalam menulis hashtag RespectMyPM oleh pengguna laman sosial Facebook kerana dari pemerhatian yang dilakukan, majoriti yang memuat naik hashtag berkenaan adalah pemilik akaun Facebook original. Tidak wujud istilah mereka dibayar untuk melakukan demikian.

Memang melucukan, adakah ini sahaja taraf Ketua Penerangan PKR sehingga cukup goyang dengan hashtag yang menyatakan sokongan kepada kerajaan? Ini adalah negara bebas dan merdeka. Semua pihak berhak menyatakan sokongan masing-masing dan apa yang pasti, SKMM tidak akan membuang masa mereka menyiasat sesuatu yang sudah jelas satu desakan yang cukup bodoh dan dangkal!

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*