Siapa Kata Permata Negara Satu Projek Membazir?

Share This:

Dikalangan pembangkang hari ini, antara perkara yang kerap mereka serang adalah projek Permata Negara yang diusahakan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansur. Pelbagai fitnah mereka cipta antaranya projek ini langsung tidak memberi keuntungan selain membazir wang rakyat. Lebih teruk lagi, pembangkang mendakwa, ianya salah satu saluran mudah kerajaan memberi wang kepada Datin Seri Rosmah.

Walaupun banyak usaha dilakukan oleh Permata Negara bagi menerangkan tujuan penubuhan Permata ini, namun, bagi pihak pembangkang, mereka terlalu taksub berpolitik sehinggakan tujuan murni projek ini sengaja diperolok dan difitnah. Bagi mereka imej Datin Seri Rosmah harus dirosakkan seolah-olah beliau adalah ahli politik. Walhal, beliau hanyalah isteri Perdana Menteri yang ingin berbakti kepada masyarakat.

Disaat pembangkang terlalu taksub berpolitik dan cuba merosakkan apa yang diusahakan oleh Datin Seri Rosmah, antara sedar dan tidak, Program Permata Negara ini sebenarnya telah mendapat pengiktirafan dunia. Kemana sahaja Datin Seri Rosmah pergi bagi mengiringi Datuk Seri Mohd Najib, antara perkara utama yang dibawa oleh Datin Seri Rosmah adalah modul pendidikan yang ada pada Permata.

Justeru, tidak hairanlah, kemana sahaja beliau pergi, program ini pantas mendapat pujian daripada isteri-isteri Perdana Menteri mahupun Presiden sesebuah negara. Terbaharu, Putera Mahkota Jepun, Putera Naruhito cukup tertarik dengan apa yang sedang diusahakan oleh Permata.

Semalam, Putera Naruhito yang dalam rangka lawatan ke Malaysia dilaporkan ingin mempertingkatkan kerjasama antara Pusat Permata Pintar Negara dengan sekolah-sekolah terpilih di Jepun. Baginda ingin meningkatkan kerjasama menerusi perogram pertukaran pelajar antara Permata Pintar dan sekolah-sekolah yang terpilih di Jepun.

Dijangkakan, seramai 100 orang pelajar Jepun dan 10 orang pelajar Malaysia akan terlibat dalam program itu pada tahun ini. Datin Seri Rosmah berkata, program pertukaran pelajar antara Permata Pintar dan Sekolah yang terpilih di Jepun telah bermula sejak 2014. Cuma kali ini, Baginda mahu ianya dipertingkatkan kerana cukup kagum dengan perjalanan dan pengurusan Permata Pintar ini.

Lihat sahaja pengiktirafan yang diberikan oleh Putera Naruhito terhadap apa yang diusahakan oleh Datin Seri Rosmah dalam mempertingkatkan mutu pendidikan anak-anak generasi negara. Malangnya, bagi pembangkang, program Permata Pintar Negara ini tidak mempunyai sebarang nilai pada mata mereka.

Penubuhan Pusat Permata Pintar Negara ini bukanlah untuk tujuan politik. Sebaliknya ia adalah satu corak pengurusan dan pembelajaran awal pelajar bagi mencungkil minat dan kecenderungan anak-anak ini supaya ianya dapat digilap sebaiknya. Disamping itu, sistem pembelajarannya cukup tersusun bagi membolehkan anak-anak ini cemerlang pada masa hadapan. Adakah ini salah pada mata pembangkang?

Comments

comments

Related Post

One thought on “Siapa Kata Permata Negara Satu Projek Membazir?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*