Tangan-tangan Ghaib Mula Hancurkan PPBM Dari Dalam

Share This:

SEJAK dari awal penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) lagi, ramai penganalisis menjangkakan hayat parti tersebut amat singkat memandangkan misi serta visi mereka dilihat tidak kukuh, terlalu kabur dan cuba menciplak UMNO.

Malahan kelompok-kelompok yang tidak berpuas hati dengan golongan konglomerat dalam parti mula bersuara dan bertindak. Tangan-tangan ghaib pun mula muncul untuk menghancurkan PPBM dari dalam. Desas desus bahawa PPBM mempunyai banyak duit ternyata meleset. Perkara itu memburukan lagi keadaan PPBM yang memang sedia tenat.

Baru-baru ini, salah seorang penggerak utama PPBM, Tuan Haji Abu Hassan telah bertindak meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua PPBM Pandan berkuat kuasa serta-merta. Menurut sumber dalaman parti, Abu Hassan membuat keputusan berkenaan kerana sudah hilang kepercayaan terhadap parti. Selain itu, beliau turut menghadapi masalah dalaman parti.

Alasan yang diberikan oleh Khalid juga adalah sama seperti Abu Hassan iaitu sikap gelojoh dan buruk perangai Hazli Sazali yang merupakan Ketua Penaja PPBM Bahagian Pandan. Turut difahamkan, ramai lagi AJK Penaja Bahagian Pandan akan meletak jawatan dalam masa yang terdekat ini.

Pada awal bulan April pula seramai 500 anggota PPBM Bahagian Rembau mengisytiharkan keluar daripada parti berkenaan. Ketua Aktivis PPBM Negeri Sembilan, Mohd Anas Sudin yang mengetuai kumpulan berkenaan, berkata keputusan itu dibuat sebulat suara dalam satu mesyuarat pada 28 Mac lepas ekoran mereka hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan PPBM, yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau mendakwa antara sebab keputusan keluar parti dibuat adalah kerana PPBM mengamalkan kronisme, tidak berpuas hati dengan kepimpinan Muhyiddin dan Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir, selain anggota jawatankuasa yang dilantik masih anggota UMNO serta hala tuju parti yang kabur.

Perkara yang sama turut menimpa PPBM Baling apabila ada dalam kalangan ahli kawasan itu mengisytiharkan keluar parti berkuatkuasa serta merta. Difahamkan tindakan tersebut berpunca rasa tidak puas hati 13 ahli PPBM berkenaan berhubung pelantikan jawatankuasa baharu PPBM kawasan itu pada Februari lepas.

Salah seorang ahlinya, Ali Ahmad, 57, yang juga merupakan bekas Pengerusi PPBM Baling berkata, mereka terkilan apabila jawatankuasa penggerak PPBM yang ditubuhkan pada Oktober tahun lalu dinafikan hak mereka. Dakwanya, kira-kira 500 daripada 800 ahli PPBM kawasan tersebut akan mengikut jejak mereka tidak lama lagi.

Masalah dalaman PPBM dilihat terlalu parah. Tambahan pula tangan-tangan ghaib mula memainkan peranan menghancurkan PPBM dari dalam memburukan lagi situasi yang melanda parti Mahathir tersebut. Berdasarkan kepada corak PPBM sekarang ini, mereka diramalkan berkemungkinan besar tidak akan sempat bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke 14(PRU14) yang bakal berlangsung dalam masa terdekat. Sekiranya perkara tersebut benar-benar berlaku maka hancurlah harapan Mahathir dan Muhyiddin.

  • PRU14.tv

Comments

comments

Related Post

2 thoughts on “Tangan-tangan Ghaib Mula Hancurkan PPBM Dari Dalam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*