Suamiku Bukan Sahaja Milikku

Share This:

Setiap pagi, Sarah mengetuk pintu rumah ibunya. Dia menggendong anaknya dan membawa satu beg besar di tangan kanannya.

Dari matanya yang sembab dan merah, ibunya sudah tahu bahawa anaknya itu baru sahaja habis bertengkar lagi dengan suaminya.

Ibunya juga hairan kerana biasanya Sarah hanya menghubunginya melalui telefon sambil menangis jika bertengkar dengan suaminya. Pada masa yang sama, ayah Sarah yang juga berasa begitu, segera menghampiri Sarah dan menanyakan masalahnya.

Ketika itu, Sarah mula menceritakan awal pertengkarannya dengan suami malam tadi.

Sarah kecewa kerana suaminya telah menipu Sarah selama ini. Sarah terjumpa buku akaun suaminya yang terjatuh di dalam kereta. Sekarang baru Sarah tahu bahawa suaminya memasukkan sejumlah wang setiap bulan ke dalam sebuah akaun bank seseorang.

Pada masa yang sama, Sarah tahu amaun wang yang Sarah terima setiap bulan sama dengan jumlah wang tersebut.

Ketika itu, Sarah berfikir sudah setahun lebih, suaminya membahagi duit gajinya, setengah untuk Sarah dan setengah lagi untuk orang lain. Jangan-jangan suami Sarah ada perempuan lain?
Ayah Sarah hanya menghela nafas, wajah bijaksananya tidak menunjukkan rasa terkejut ataupun marah ketika itu.

“Sarah… Yang pertama, langkahmu datang ke rumah ayah sudah dilaknat Allah dan para MalaikatNya”

“Kerana meninggalkan rumah tanpa seizin suamimu.”

Kata-kata ayahnya membuat Sarah tersentap dan kebingungan.

“Yang kedua, hak mu hanyalah wang yang diberikan suamimu ke tanganmu.”
“Itu pun untuk kebutuhan rumah tangga.”

Jika kamu membelanjakan wang itu tanpa izin suamimu, meskipun itu untuk sedekah, itu tak boleh”

Ayahnya melanjutkan percakapannya.

“Sarah.. suamimu telah menghubungi ayah dan mengatakan bahawa sebenarnya wang itu memang diberikan setiap bulan untuk seorang wanita. Suamimu tidak menceritakannya padamu, kerana kamu tidak suka kepada wanita itu sejak dulu.”

“Kamu telah mengenalinya dan kamu merasa setelah menikahi suamimu, maka hanya kamulah wanita yang berhak keatas
suamimu.”

“Suamimu meminta maaf kepada ayah kerana dia sudah berusaha mengelakkan pertengkaran denganmu.”

Ayah mengerti kerana ayah pun sudah cukup mengenali dirimu” mata ayah mulai berkaca-kaca.

*”Sarah… Kamu harus tahu, setelah kamu menikah maka yang wajib kamu taati adalah suamimu.*

*Jika suamimu redha padamu, maka Allah pun redha.*

*Sedangkan suamimu, dia wajib taat kepada ibunya.*

Begitulah Allah mengatur lelaki wajip metaati ibunya. Jangan sampai kamu menjadi penghalang bakti suamimu kepada ibundanya”.

“Suamimu, dan harta suamimu adalah milik ibunya.”

Ayah mengatakan pekara itu sambil mengeluarkan air mata. Tangisannya semakin banyak membasahi pipinya.

Seorang ibu melahirkan anaknya dengan susah payah dan kesakitan.
• Kemudian dia membesarkannya hingga dewasa hingga anak lelakinya menikah, dia melepasnya begitu saja.
• Kemudian anak lelaki itu akan sibuk dengan kehidupan barunya.
• Bekerja untuk keluarga barunya.
• Mengerahkan seluruh hidupnya untuk isteri dan anak-anaknya.
• Anak lelaki itu hanya menyisakan sedikit waktu untuk sesekali berjumpa dengan ibunya. sebulan sekali, atau bahkan hanya setahun sekali.

“Kamu yang sejak awal menikahnya, tidak suka dengan ibu mertuamu. Kenapa?”

“Kerana rumahnya kecil dan sempit? Sehingga kamu merajuk kepada suamimu bahawa kamu tidak boleh tidur di sana.”

“Anak-anakmu pun tidak akan boleh tinggal disana. Sarah… Ayah rasa terkilan sangat dengan perlakuan Sarah.”

“Jadi jika kamu saja merasa tidak rasa selesa tidur di sana. Bagaimana dengan ibu mertuamu yang dibiarkan saja untuk tinggal disana?”

“Wang itu suami kamu berikan kepada ibunya.”

“Suamimu mahu ayahnya berhenti menjual gorengan.”

“Dari wang itu ibu suamimu hanya memakainya secukupnya saja, selebihnya dia akan berikan kepada anak-anak yatim dan orang-orang tidak mampu di kampungnya. Bahkan masih cukup untuk membayar seorang cikgu mengajar di kampung itu.”

Ketika itu, Sarah terdiam dan hanya berkata-kata di dalam hatinya, wang yang diberikan suaminya selalu dikeluhkannya tidak cukup. Kerana Sarah perlu banyak pakaian untuk menghantar jemput anak di sekolah.

Sarah juga sangat menjaga penampilannya untuk merawat wajah dan tubuhnya di spa. Berjalan-jalan setiap minggu di mall. Juga berkumpul sekali-sekala bersama kawan-kawan di restoran. Sarah menyesali sikapnya yang tak ingin mendekati mertuanya yang hanya seorang tukang gorengan.

Tukang gorengan yang berhasil :
• Menjadikan suaminya seorang berilmu dan berjaya,
• Mendapatkan pekerjaan yang diidam-idamkan ramai orang.
• Berhasil berdikari sehingga Sarah boleh duduk di rumah yang selesa dan ada kereta yang bole digunakan setiap hari.

“Ayaaah, maafkan Sarah” kata Sarah sambil bercucuran airnya jatuh.

Ibunda Sarah yang sejak tadi duduk di samping Sarah segera memeluk Sarah.

“Sarah… Kembalilah ke rumah suamimu. Dia orang baik nak…”

“Bantulah suamimu berbakti kepada kedua orang tuanya.”

“Bantu suamimu menggapai syurganya dan dengan sendirinya, ketaatanmu kepada suamimu boleh menghantarkanmu ke syurga,”

Ibunda Sarah membisikkan kata-kata itu di telinga Sarah. Sarah hanya menjawabnya dengan menganggukan kepalanya, dia menahan tangisnya. Hatinya sakit, menyesali sikapnya.

Kemudian, Sarah pun pulang berjumpa dengan suaminya dan sambil menangis memohon maaf kepada suaminya atas prasangka yang salah selama ini.

Sejak hari itu, Sarah pun menemani suaminya berjumpa ibu kandung suaminya iaitu ibu mertua.

Suaminya menitiskan air mata melihat isterinya yang menjinjing 4 liter minyak masak untuk bapa mertuanya.

Titisan air mata suami bukannya kerana jumlah liter minyak itu tapi kerana perubahan isterinya yang menenangkan hatinya dan dilihat ikhlas hendak datang kepada bapa mertuanya.

Bermula detik itu, Sarah berjanji dalam pada dirinya, untuk menjadi istri yang taat pada suaminya. Sesekali, Sarah bukan mengajak suaminya ke Mall tapi minta mengajak suaminya ke rumah mertuanya.
Subhanallah….

Semoga para isteri diluar sana tetap memberi sokongan kepada suami untuk berbakti kepada ibunya. Semoga kita sentiasa di dalam redha Allah.

-pru14.tv-

Comments

comments

Related Post

One thought on “Suamiku Bukan Sahaja Milikku

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*