Siapa Yang Bakal Gelabah Selepas Ketua AMK Ampang Kena Tangkap SPRM?

Share This:

Ketua Angkatan Muda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram berikutan kekayaan luar biasa yang dimilikinya walaupun masih di usia muda.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki berkata, Adam disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

Ceritanya sekarang, ada kumpulan tertentu sudah nampak gabra dan menggelabah apabila Adam sudah ditangkap dan disiasat.

Antaranya, ialah Ahli Parlimen PKR Ampang Zuraida Kamaruddin yang dikatakan menjadikan Adam sebagai proksi politik beliau melonggokkan kekayaannya kepada Adam untuk dijaga.

Menurut banyak pihak, kebanyakan kekayaan yang dimiliki oleh Adam hanya milik orang lain tetapi diletakkan nama Adam untuk mengaburi perhatian pihak berkuasa khususnya SPRM.

Selain Zuraida, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali juga dilihat bakal tidak senang duduk memandangkan diri beliau juga sudah terpalit macam-macam kontroversi yang tidak dijawab sehingga hari ini.

Adakah kekayaan Adam turut melibatkan skandal rasuah yang ada terkait Mohamed Azmin sekali di dalamnya? Ia bakal terjawab selepas siasatan SPRM selesai.

Selain itu, adakah pengusaha rumah urut, pusat perjudian haram dan juga premis perniagaan tanpa lesen juga turut terlibat dalam memberikan wang secara haram kepada Adam dalam kes ini, kumpulan mereka juga sudah tentu turut sama tidak senang duduk.

Sudah sampai masanya, perbuatan rasuah dalam negeri Selangor dibongkar habis-habisan oleh SPRM mendedahkan siapa dalang-dalang sebenar yang melakukan jenayah berkenaan.

Sebelum ditahan, Adam dipercayai dipanggil ke pejabat SPRM di Putrajaya dan beliau hadir dengan gaya angkuh menaiki kereta mewah berwarna hitam bersama pemandu kemudian ditahan pada kira-kira pukul 2.30 petang.

Hari ini, Adam dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk mendapatkan perintah tahanan reman untuk dijalankan siasatan rasuah berkenaan dengan memakai baju lokap SPRM.

Pakatan Harapan (PH) sebelum ini mengatakan bahawa pemimpin mereka bebas rasuah nyata meleset kerana sudah satu persatu pemimpin pembangkang pula ditahan disyaki terlibat rasuah. –  pru14.tv

Comments

comments

Related Post

One thought on “Siapa Yang Bakal Gelabah Selepas Ketua AMK Ampang Kena Tangkap SPRM?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*