Rumah Kongsi Berhampiran Sri Pentas Musnah Dalam Kebakaran

Share This:

Sebuah rumah kongsi yang terletak berhampiran Seri Pentas TV3, Bandar Utama, Selangor musnah dijilat api dalam kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 1 petang kelmarin.

Bagaimana pun setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Menurut jurucakap bomba, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 1.16 petang sebelum tiba ke lokasi 10 minit kemudian.

“Setibanya di tempat kejadian, api sedang marak dan kesemua penghuni berjaya menyelamatkan diri. Operasi memadam kebakaran selesai sepenuhnya kira-kira pukul 1.44 petang,” katanya kelmarin.

Tambah jurucakap itu lagi, sebanyak dua balai terlibat dalam operasi memadamkan kebakaran ini.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” ujarnya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*