Rafizi Ulangi Skrip Lama, Tiada Apa Yang Didedahkan

Share This:

Sepatutnya semalam, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendedahkan bukti yang dia ada berhubung tuduhannya terhadap PAS kononnya ada diantara pemimpin PAS menerima dana terus daripada 1 Malaysia Development Berhad (1MDB). Ramai pihak tertarik untuk melihat sendiri bukti yang ada pada tangan Rafizi setelah begitu berani bersumpah atas nama Allah berhubung dakwaannya sebelum ini.

Namun, penantian ramai pihak terhadap bukti yang ada ditangan Rafizi rupanya satu penantian yang sia-sia. Diberitakan, Rafizi hanya berucap berdasarkan kepada malumat yang diperolehi dari pihak yang dia percayai. tiada sebarang bukti nyata dikemukakan semalam dan sekaligus menghampakan pihak yang menanti bukti yang dia ada.

Sebenarnya, tidak ada apa yang mengejutkan dengan tindak tanduk Rafizi ini. Sememangnya dari dahulu lagi, Rafizi hanya pandai bermain kata-kata dan memfitnah tanpa walau sekalipun mengemukakan bukti sahih. Lihat sahaja bagaimana Rafizi menghina mahkamah apabila mendakwa hanya bergurau sewaktu kes dakwaannya terhadap sebentuk cincin yang dipakai oleh Datin Seri Rosmah Mansur.

Kali ini, Rafizi cuba pula mengganggu PAS dengan dakwaan kosongnya. Adakah Rafizi langsung tidak ada rasa bersalah atau malu setelah dakwaannya didapati kosong dan langsung tidak berasas? Adakah Rafizi tidak takut akan erti dosa setelah dia sewenang-wenangnya bersumpah palsu atas nama Allah berhubung tuduhannya terhadap PAS?

Kegagalan Rafizi semalam bolehlah dianggap sebagai satu lagi helah fitnah yang sengaja dia reka untuk memecah belahkan perpaduan umat Islam. Sebelum ini, helah sebegini banyak digunakan Rafizi untuk merosakkan UMNO dan Barisan Nasional menerusi deretan tuduhan fitnahnya dalam banyak isu.

Jika orang biasa, mungkin sudah cukup malu setelah gagal mengesahkan dakwaannya namun tidak bagi Rafizi. Mungkin baginya, apa yang dia dakwa itu boleh merosakkan PAS. Hakikatnya, kegagalan dia semalam telah menambahkan lagi kerosakan kepada reputasinya sebagai Ahli Parlimen dan mengesahkan lagi dirinya sebagai Raja Penipu Malaysia.

Jika sebelum ini, ramai yang mengaguminya kerana beranai mendedahkan banyak perkara walaupun langsung tidak disokong dengan sebarang bukti, apa yang berlaku semalam bolehlah dianggap sebagai detik kehancurannya. Lebih memburukkan keadaan, samada dia bercakap di bawah sumpah ataupun tidak, tiada siapa lagi yang percaya setiap patah yang dikeluarkan oleh Rafizi sehingga bila-bila.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*