Rafizi Menyibuk Hal Orang Lain Sampai Terlupa Kain Sendiri Dah Terlondeh

Share This:

Ahli Parlimen PKR Pandan, Rafizi Ramli begitu aktif dan sibuk mengambil tahu pasal hal Barisan Nasional (BN) sampai beliau terlupa mendedahkan kepincangan yang ada dalam Pakatan Harapan (PH) sendiri yang sepatutnya diperjuangkan terlebih dulu.

Ketika awal-awal Rafizi sibuk menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, sekutu Rafizi dalam PH pula terpalit rasuah apabila dituduh di mahkamah.

Kes berkenaan sudah awal-awal didedahkan oleh Ahli Parlimen BN Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya tetapi tidak diendahkan oleh Rafizi.

Sepatutnya masa itu, beliau beralih kepada menyelidik perkara berkaitan dakwaan Shabudin dan mendesak Guan Eng meletakkan jawatan selepas ada pendedahan dibuat berkaitan beliau.

Oleh kerana yang disiasat ialah pemimpin DAP, maka Rafizi tidak ada keberanian untuk buat begitu sebaliknya hanya berdiam diri dan terus menuduh Najib yang bukan-bukan.

Kemudian, dalam negeri Selangor sendiri, Rafizi tidak mengambil langkah langsung menyiasat dakwaan-dakwaan dan persoalan yang diwujudkan ke atas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Bukan sedikit kontroversi yang ada berkaitan beliau. Bermula dari kerja membaiki pintu gerbang Kota Darul Ehsan yang dipersoalkan kosnya, kerja membaiki kubah Masjid Shah Alam yang juga kosnya tidak logik, isu syarikat Darul Ehsan Investment Group (DEIG) dan juga kontroversi tanah di Paya Indah, semuanya tidak diambil peduli oleh beliau.

Dakwaan dangkal yang tidak berasas pula yang difokuskan oleh Rafizi disasarkan kepada Perdana Menteri dan kepimpinan kerajaan.

Kali ini, sekali beliau terlepas pandang akan kelondehan kain sendiri apabila Ketua Angkatan Muda PKR, Ampang, Datuk Adam Rosly telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan pengubahan wang haram.

Sebelum ini, Rafizi ada berkata bahawa beliau tidak mengenali langsung siapa Adam sebenarnya dan tidak pernah ada maklumat mengenai diri pemimpin muda itu.

Mustahil sungguh, kerana Adam sudah dikenali di Selangor kerana memiliki rumah besar ala-Disneyland di Ampang dan juga sudah menjadi jutawan pada usia muda termasuk sudah bergelar Datuk.

Hari ini, Adam dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk mendapatkan perintah reman untuk disiasat. Difahamkan dia dibenarkan ditahan  rememan selama lima hari bermula hari ini.

Semalam, dengan angkuh Adam hadir ke pejabat SPRM Putrajaya dengan menaiki kereta mewah berwarna hitam berserta pemandu sebelum kemudiannya ditahan pada kira-kira pukul 2.30 petang di pejabat suruhanjaya berkenaan. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

One thought on “Rafizi Menyibuk Hal Orang Lain Sampai Terlupa Kain Sendiri Dah Terlondeh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*