PAS Sudah Bersedia Hadapi PRU14 Bersendirian Kali Ini

Share This:

Parti PAS sudah bersiap sedia dengan jentera mereka untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) secara bersendirian tanpa ada kerjasama politik dengan mana-mana parti lain.

Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, beliau sudah selesai mengadakan lawatan kerja ke semua negeri di Semenanjung meninjau persiapan jentera PAS.

Beliau menjangkakan PRU akan diadakan pada sekitar September atau Oktober depan.

Beliau memberitahu, adalah sesuai sekiranya pilihanraya umum akan datang dilangsungkan pada September atau Oktober ini sejurus selesai musim perayaan, musim Haji dan juga temasya Sukan SEA dengan Malaysia menjadi tuan rumah.

“Bagi kita (PAS), kita sudah siap sedia pada bila-bila masa bagi hadapi PRU-14, tapi kalau lebih lama lagi, kita akan pertingkatkan lagi keupayaan kita sebagai persiapan menghadapinya,” katanya.

PAS kini bersendirian dalam politik selepas disingkirkan dari Pakatan Rakyat (PR) beberapa tahun lalu selepas DAP memutuskan hubungan dengan mereka kerana ada masalah dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kemudian DAP menjalinkan kerjasama dengan parti serpihan PAS iaitu PAN bersama PKR dan kini sudah bertambah dengan kehadiran parti PPBM dalam pakatan baru iaitu Pakatan Harapan.

Beberapa pemerhati politik berpendapat, PAS kini dilihat lebih mesra dan memihak kepada parti kerajaan iaitu UMNO dan Barisan Nasional (BN) serta berpakat untuk sama-sama menewaskan PH pada PRU nanti. –  pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*