Liverpool Sertai Saingan Dapatkan Van Dijk

Share This:

LIVERPOOL bersedia untuk bersaing bagi mendapatkan pemain Virgil Van Dijk apabila pasukan itu membuat kenyataan mengenai hasrat untuk tingkap perpindahan pada musim panas ini.

Manchester City dan Chelsea telah pun mendahului merebut pemain Southampton itu.

Ini terutama Manchester City yang menghantar pegawai untuk memerhatikan Van Dijk dalam perlawanan menentang Liverpool pada 19 November lalu yang menyaksikan skor berimbang tanpa jaringan.

Walaupun pengurus Southampton, Claude Puel tidak mahu Van Dijk meninggalkan kelabnya, namun tiada persoalan mereka meletakkan perkara itu di bawah tekanan sebaik sahaja tingkap perpindahan dibuka.

Pada masa sama, pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mahu menaikkan kualiti bagi memastikan kemajuan pasukan sepanjang setahun lalu tidak dibazirkan, dan Van Dijk merupakan pemain yang disasarkan untuk penambahbaikan itu. – Mail Online

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*