Kita Sudah Terlalu Lama Bersabar…

Share This:

Malaysia secara amnya merupakan sebuah negara Islam paling progresif di dunia. Perlembagaan Persekutuan telah meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara dan ianya telah diguna pakai sejak pembentukan awal Malaya lagi. Sejak berdekad-dekad lamanya, perkara ini tidak pernah dipertikai atau dipersendakan sehinggalah muncul abad ke 21 ini.

Sejak munculnya cara berpolitik penuh kebencian, secara tiba-tiba gelombang cubaan mencabar hak agama Islam di negara ini muncul. Jika dahulu, semua kaum di negara ini salng hormat menghormati antara satu sama lain tanpa berani mencemuh dan mencela agama lain, namun, semua ini berubah sebaik sahaja suara hak kesamarataan yang diperjuangkan pembangkang bergema.

Mari kita renungkan sejenak beberapa rentetan penghinaan terhadap Islam oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab ini.

1. Alvin Tan dan Vivian Lee

Ini adalah pasangan muda yang dilihat cukup gemar menghina Islam. Pasangan ini mencuri tumpuan apabila mempersendakan sambutan bukan Ramadhan dengan mempelawa umat Islam berbuka puasa dengan Bak Kut Teh. Sehingga hari ini, hanya Vivian Lee sahaja yang tampil memohon maaf atas ketelanjurannya manakala kekasihnya, Alvin Tan memilih untuk melarikan diri ke Amerika Syarikat.

2. Namewee

Nama ini tidak perlu diperkenalkan lagi.Dia cukup gemar menghasilkan karya seninya dengan menempelak agama Islam dan kedaulatan undang-undang negara. Sekurang-kurangnya dua kali dia berkelakuan biadab dengan kali pertama mempersendakan azan menerusi video klip lagu Negaraku. Kali kedua pula, menghina kesucian masjid juga dengan video klip lagu rapnya.

3. Patrick Teoh

Dia adalah seorang selebriti yang cukup menjadi kegemaran pengarah Afdlin Shauki untuk membintangi hampir setiap filem arahannya. Namun, kenyataan melabelkan umat Islam sebagai “Qur’an-thumping motherf**kers” telah mencemarkan namanya. Tidak diketahui samada dia sengaja atau berada dalam keadaan mabuk semasa melafazkan ayat ini. Namun, tindakannya ini jelas menghina umat Islam di negara ini.

4. Isu paksa buka tudung untuk mengajar

Masih ingat kes yang berlaku tahun lalu di mana seorang guru mualaf dipaksa untuk membuka tudung sebelum dia dibenarkan mengajar di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina? Kes yang pernah menjadi tular ini pantas mendapat kecaman orang ramai terutamanya umat Islam di mana rata-ratanya menganggap arahan berkenaan sebagai melampau dan merendah-rendahkan martabat kaum muslimah.

5. Patricia Anne Martinez

Hanya disebabkan tidak bersependapat, Patricia sanggup melabelkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani sebagai seekor keldai. Bagi umat Islam di negara ini, martabat seorang Mufti cukup tinggi. Justeru, penghinaan Patricia ini cukup mengguris perasaan umat Islam dan ianya turut mendapat kecaman ramai.

6. Nga Kor Ming

Dia antara Ahli Parlimen yang boleh dianggap sebagai cukup biadab dan kurang ajar. Bukan sekali, malah berkali-kali Kor Ming menghina agama Islam. Paling diingati apabila dia menghina pemberian duit raya semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun lalu yang menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini. Sehingga hari ini, Nga Kor Ming masih enggan memohon maaf atas kebiadabannya.

7. Alvin Tan

Suka ataupun tidak, nama ini akan kekal terpahat sebagai seorang manusia paling biadab dan bersifat haiwan. Dia seolah-olah tidak pernah jemu menghina agama Islam sehinggakan sanggup mencacah tatu nama Allah di belakang peha kanannya hanya semata-mata mahu menimbulkan kemarahan dan kebencian umat Islam terhadap agama lain di negara ini. Hari ini, tidak diketahui samada ALvin Tan masih hidup ataupun sudah meninggal dunia.

Itu hanya sedikit rentetan penghinaan mereka terhadap agama Islam. Apa yang lebih menyedihkan lagi adalah, terdapat Ahli Parlimen yang bersyahadah yang sama serta di lahirkan sebagai umat Islam, sanggup menentang agama Islam itu sendiri hanya semata-mata politik dan desakan dari DAP. Lihat sahaja apa yang berlaku terhadap RUU355 baru-baru ini.

Kerajaan sebenarnya sudah bertindak terhadap mereka-mereka ini namun, kebiadaban mereka sukar untuk dibenteras. Mereka akan menjadi besar kepala apabila ada diantara umat Islam sendiri yang menyokong tindak tanduk mereka. Mereka tidak rugi apa-apa kerana bagi mereka, apa yang mereka lakukan tidak salah dan mereka tidak rugi apa-apa kerana secara prinsipnya, mereka menghalalkan apa jua cara.

Namun bagi umat Islam, setiap kali penghinaan dilakukan, kebangkitan dan kemarahan umat Islam akan meledak. Namun, beberapa hari kemudian, kemarahan berkenaan akan terpadam dan akan dilupakan begitu sahaja.

Comments

comments

One thought on “Kita Sudah Terlalu Lama Bersabar…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*