Keadaan Kesihatan Julia Perez Lemah, Dah Tak Kenal Orang Sekeliling

Share This:

Kondisi pelakon negara seberang, Julia Perez yang mengidap barah pangkal rahim tahap empat dilaporkan semakin menurun dengan drastik.

Memetik laporan Bintang, hal tersebut disampaikan sendiri oleh adiknya, Nia Anggia. Katanya lagi, kesihatan kakaknya itu menurun sejak seminggu yang lalu.

“Seminggu ini kondisinya menurun. Oleh itu, pihak keluarga kami dan juga doktor tidak dapat menerima tetamu yang ingin menziarah dengan ramai kerana keadaan kakak semakin lemah,” katanya.

Bukan itu sahaja, dikatakan daya ingatan Julia juga turut terkesan sehingga tidak mengenali beberapa orang yang rapat dengannya.

“Dia sudah tidak boleh bercakap normal. Malah, sudah mula tidak mengenali beberapa orang sekelilingnya,” katanya lagi.

Semoga Julia kembali pulih semula dan ada keajaiban untuk penyakitnya itu.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*