AS Gugurkan ‘Ibu Segala Bom’ Di Afghanistan

Share This:

Bom bukan nuklear terbesar, GBU-43, juga dikenali sebagai ‘ibu segala bom’ telah dilancarkan oleh Amerika Syarikat (AS) di Achin, wilayah Nangarhar di timur Afghanistan, semalam.


Memetik laporan CNN, bom seberat 9,979 kilogram itu dilancarkan pukul 7.32 malam waktu tempatan dengan menyasarkan terowong-terowong yang menjadi tempat persembunyian kumpulan pengganas Daesh.


Pentagon mengesahkan perkara tersebut manakala pasukan tentera AS mendakwa, ini merupakan kali pertama mereka melancarkan bom berkenaan dalam peperangan.


Kesan letupan bom berkenaan boleh menjangkau sejauh 300 meter.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*