Baju Kurung Hello Kitty Bakal Jadi ‘Trend’ Raya 2017 ?

Share This:

Tahun ini sambutan Hari Raya Aidilfitri dijangka jatuh pada 25 Jun, ini menunjukkan hanya tinggal lebih kurang dua bulan untuk kita membuat persiapan hari raya.

Selalunya perkara pertama yang akan disediakan untuk menyambut hari raya adalah baju raya. Pelbagai tema warna dan jenis baju kurung juga baju Melayu bakal menjadi pilihan untuk digayakan pada 1 Syawal nanti.

Zabir Arfan, pereka fesyen, telah mengilhamkan satu tema yang boleh dikatakan sesuatu yang sangat unik. Beliau menggunakan tema daripada siri animasi popular iaitu Hello Kitty sebagai tema baju raya tahun 2017.

Hasil rekaannya yang sangat unik ini kelihatan comel dan pastinya peminat kartun Hello Kitty akan berasa teruja apabila melihatnya.

Untuk kaum wanita, beliau menggunakan tema warna Hello Kitty berwarna merah jambu dan untuk kaum lelaki pula rona biru dipilih sebagai warna tema.

Walau bagaimanapun koleksi baju raya bertemakan Hello Kitty ini direka hanyalah sebagai koleksi peribadinya sendiri dan bukan untuk dijual.

Mari kita lihat hasil rekaan yang baju kurung dan baju melayu Hello Kitty ini.

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.659592.1492143020!/image/image.JPG

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.659593.1492143052!/image/image.JPG

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.659594.1492143072!/image/image.JPG

Haa dah tengok baju raya ni mesti anda sudah tidak sabar untuk menyambut hari raya yang bakal tiba tidak lama lagi kan? Walau apa pun perkara yang wajib seperti puasa dan zakat jangan lupa ye.

Sumber: Instagram Zabir Arfan

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*