Aku Isteri Yang Tidak Sempurna

Share This:

Tolong… Saya nak minta pendapat tapi sebelum tu biar saya cerita dulu apa yang berlaku. Saya baru berkahwin beberapa bulan lepas atas pilihan keluarga. Suami saya seorang doktor. Semasa beberapa bulan berkahwin. Suami saya terlalu sibuk dengan kerja dia sampai tiada masa untuk saya.

Dia juga tak memberikan nafkah yang secukupnya untuk saya. Dia juga kedekut yang amat. Walaupun dia doktor, tapi dia cuma bagi saya tinggal dalam rumah flat biasa je. Kereta pun pakai Myvi second hand walaupun hati sy teringin nk pakai honda jazz dan tinggal di kawasan perumahan.

Saya pernah pujuk dia tapi dia cakap yang kami perlu berjimat dahulu sebab kebanyakan duit dia habis untuk kenduri kahwin kami. Saya kecil hati apabila dia cakap macam tu. Saya sedar hantaran yang saya letak memang sedikit mahal sebab keluarga saya tahu dia mampu. Yela dia kan doktor! Dia bukan kerja kerani nak cakap duit tak ada. Banyangkan lah dengan isteri sendiri pun kedekut. Bukan luak pun duit nak belanja isteri bahkan murah rezeki lagi adalah.

Suatu hari tu, saya dapat tahu dia renovate dapur untuk mak dia RM10K!!! Saya berasa kecil hati sebab untuk isteri dia sendiri dia bagi dapur kecil je. Bila saya tanya dia dapat mana duit? Dia cakap dia kumpul sikit untuk penuhi hajat mak dia yang nak dapur besar. Lagipun, dia cakap yang dah masakkan untuk dia sejak dia kecik lagi jadi dia nak balas jasa mak dia.

Habis? Saya ni macam mana? Saya pun nak dapur besar juga. Saya isteri dia patutnya saya pun dapat benda yang sama.
Dia pun tak banyak masa untuk saya. Keluar rumah pukul 6 pagi balik semula pukul 6 pagi esok. Cuti pun tak menentu. Bila balik cakap penatlah apalah lepas tu terus tidur. Habis saya kat rumah ni apa? Tunggul? Suami orang lain pun kerja juga. Tapi ada je masa dengan isteri pergi bercutilah semua.

Saya ingat lepas saya kahwin saya dapatlah kasih sayang sepunuhnya oleh seorang bergelar suami tapi malangnya tidak. Dia lebih pentingkan pesakit-pesakit dia tu. Macamlah diorang tu nanti yang akan lahirkan anak dia. Suatu hari tu, kami bergaduh. Sebab dia melampau sangat tak balik rumah sampai 3 hari. Dia cakap dia oncall lah bagai.
Saya sedih sangat. Saya ni apa sebenarnya di mata dia? Ingat bibik kerja nak kemas rumah dia je? Saya dah tak tahan.

Tapi nasib baik ada bekas kekasih saya dulu. Kami dah kenal sejak sekolah menengah. Kami sangat rapat. Dialah tempat saya luahkan segala. Saya mengaku, sebelum saya kahwin dengan suami, saya dan bekas kekasih saya pernah terlanjur beberapa kali. Tapi kami dah bertaubat. Pernah suami tanya kenapa tak ada darah masa malam pertama, saya cakap sebab dulu saya lasak sangat sampai dia koyak sendiri. Suami saya pun percaya.

Saya bukan niat nak tipu dia tapi sebab teringat pesan ustaz yang kita haram memberi tahu suami tentang kisah silam kita sebab akan merosakkan rumah tangga. Yang berlalu biarlah berlalu. Tapi tipulah ada orang yang sekali bertaubat je dah boleh tinggal maksiat tu semua. Mesti ada dugaan punya. Sebab saya masih marah dengan suami, saya terima pelawaan bekas kekasih saya untuk keluar jalan-jalan untuk cari ketenangan.

Yelah, duduk rumah sempit tu pun buat apa. Kekasih saya layan saya macam seorang puteri. Dia sangat ambil berat tentang saya. Saya mula jatuh cinta lagi sekali sampaikan kami terlanjur. Beberapa kali. Mula-mula, memang seronok sebab suami saya pun jarang bagi nafkah batin kepada saya. Tapi saya dan suami dah berbaik semula.

Dia dah habis apa benda tah yang dua tahun tu jadi dia cakap masa kerja dah tak ketat macam dulu. Dia cuba untuk lebihkan luangkan masa dengan saya tapi hati saya masih ada apa kekasih saya. Saya dalam dilema. Saya sayangkan kekasih saya tapi saya tak nak cerai dengan suami. Saya terfikir, perlu ke saya beritahu suami tentang apa yang saya buat belakang dia. Dia mesti sedih bila dapat tau sebab dia sangat percaya dan sayangkan saya.

Jadi saya merahsiakan hal ini sebab tak mahu rumahtangga saya hancur. Lagipun, tak baik bukak aib sendiri sebab Allah dah tutupkan dah elok-elok, kenapa perlu kita buka? Masalahnya, saya disahkan mengandung 3 bulan. Saya pun tak sedar sebab badan saya kecil je. Saya tau anak ni hasil saya dengan kekasih saya sebab suami saya tak suka pancut dalam. Dia cakap sebab dia nak luangkan masa dengan saya dulu untuk berapa tahun baru dia nak ada anak. Saya takut saya buntu.

Apa perlu saya buat? Perlu ke saya pujuk suami untuk lepas dalam dan berpura-pura tu anak kami? Atau perlu ke saya gugurkan? Kalau perlu kat mana saya boleh beli ubat tu? Jangan kecam saya. Saya tahu saya bukan isteri yang baik tpi saya tengah cuba untuk jadi yang terbaik. Saya tahu ini semua ujian Allah. saya pun dah insaf. Saya pun dah solat taubat. Tolonglah. Saya pun dah buntu sangat ni. Apa yang harus saya lakukan. Saya betul-betul menyesal dengan apa yang saya lakukan.

-pru14.tv-

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*