Ahmad Razif Ucap Tahniah Atas Kejayaan Besar Atlet Anak Terengganu

Share This:

Malam tadi, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman mengucapkan tahniah di atas kejayaan besar atlet anak negeri, Azizulhasni Awang apabila menjuarai acara keirin dalam Kejohanan Dunia Trek di Hong Kong.

Ahmad Razif berkata, kemenangan itu sekali gus merekodkan pencapaian paling membangga dalam keadaan tidak diduga apabila ‘The Pocketrocket Man’ menjadi atlet pertama negara yang menggondol emas di kejohanan peringkat dunia.

“Kejayaan malam tadi benar-benar membanggakan saya dan seluruh rakyat negeri Terengganu. Sekali lagi, saya ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada anakanda Azizulhasni di atas kejayaan itu dan InsyaAllah, saya serta barisan Exco kerajaan negeri akan menemui beliau dalam masa terdekat bagi mengucapkan penghargaan dan terima kasih kerana berjaya membawa bendera hitam putih kita ke persada antarabangsa.

“Saya yakin prestasi yang ditunjukkan oleh Azizulhasni ini dapat memberi inspirasi kepada pasukan berbasikal kita, Terengganu Cycling Team (TSG) untuk melahirkan lebih ramai atlet yang berjaya bertaraf dunia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Ahmad Razif, pembinaan velodrom yang dijanjikan oleh kerajaan pusat di Dungun diharap akan memberi manfaat kepada atlet berbasikal sebagai pusat latihan.

Beliau mengatakan bahawa pembinaan tersebut bukan sahaja dapat menaikkan lagi industri sukan malah, sektor pelancongan dan seterusnya bakal merealisasikan sektor baharu pelancongan sukan yang telah diperkenalkan.

-pru14.tv-

Comments

comments

Related Post

One thought on “Ahmad Razif Ucap Tahniah Atas Kejayaan Besar Atlet Anak Terengganu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*