24 Orang Ketakutan Terperangkap Dalam ‘Roller-Coaster’ Di AS

Share This:

Seramai 24 orang pengunjung taman tema melalui pengalaman ngeri apabila terperangkap pada ketinggian 30 meter selepas sebuah ‘roller coaster’ tiba-tiba terhenti, kata pasukan bomba, semalam.

Jurucakap pasukan Bomba Prince George Fire/EMS, Mark Brady menerusi Twitter berkata, permainan luncur itu terhenti kira-kira jam 5.30 petang waktu tempatan, di taman tema milik syarikat Six Flags America, Maryland di Baltimore.

Seorang anggota Bomba Sukarelawan Berwyn Heights, menerusi laman Twitter memberitahu, Joker Jinx itu berada pada ketinggian 30 meter.

Rakaman video helikopter WJLA-TV menunjukkan penumpang berada dalam enam gerabak ketika kejadian itu.

Menurut Brady, semua mangsa yang terperangkap kelihatan tenang ketika anggota bomba melakukan kerja menyelamat. Menurut laman web Syarikat Six Flags America, reka bentuk landasan Joker Jinx tidak ubah seperti mangkuk ‘spaghetti,’ dan ‘roller coaster’ itu melakukan pusingan di atas beberapa laluan.

Six Flags America dalam satu kenyataan berkata: “Jonker Jinx tidak menghabiskan pusingan biasa menyebabkan ia berhenti di lokasi selamat atas landasan.

Jabatan Bomba Daerah The Prince George berada di lokasi untuk menyelamatkan penumpang.

“Permainan itu akan ditutup sementara bagi membolehkan pemeriksaan sepenuhnya dilakukan sebelum beroperasi semula,” menurut pengurusan taman tema itu. – pru14.tv

Comments

comments

Related Post

One thought on “24 Orang Ketakutan Terperangkap Dalam ‘Roller-Coaster’ Di AS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*