TERAS 5 Pakatan Harapan- Kemuncak Pemberontakan DAP Dengan Sokongan Melayu Pembangkang

Share This:

Kemuncak pemberontakan DAP kini sudah sampai kepada penghujung agenda yang disemaikan sejak tahun 1964 lagi, Agenda untuk melenyapkan kuasa politik orang Melayu dan kuasa serta hak-hak keistimewaan orang Melayu dipaparkan secara jelasnya baru baru  ini.

Teras 5 Pakatan Harapan secara jelas memperuntukkan agenda dimana hak-hak Melayu serta Raja Melayu terus dijadikan alasan untuk membentuk sebuah Negara yang  mengamalkan konsep kesamarataan yang mana sekali gus membelakangkan kontrak sosial. Penolakan hak Melayu yang telah dinyatakan secara jelas didalam teras 5 pakatan harapan.

Kontrak sosial yang mana mernjadi garis panduan kehidupan berbilang kaum dalam Negara ini dengan perasaan harmoni kini sedang diancam dengan kepelbagaian agenda DAP untuk melenyapkannya. Agenda yang tidak pernah padam sejak 51 tahun yang lalu.

Dengan mengunakan khidmat Mahathir, Azmin, Muhyiddin, Mat Sabu, Rafizi, Wan Azizah, Nurul Izzah , DAP mengunakan semua kuasa yang ada untuk mereka ini terus menyokong agenda kesamarataan dan dasar liberal yang diperjuangkan serta memusnahkan apa yang dinamakan hak-hak keistimewaan orang Melayu.

DAP sejak dahulu lagi  terus menganggap Umno sebagai musuh sebenar dalam politik kerana misi mereka adalah untuk menumbangkan parti berkenaan yang lama memerintah negara. DAP menganggap parti berkenaan sebagai musuh utama kerana menghalang  cita-cita mereka  untuk menumbangkan Umno, sekali gus melangkah ke Putrajaya

Selagi UMNO berkuasa sepanjang perjalanan politik maka DAP tidak akan terus duduk diam untuk menimbulkan isu yang menyebabkan keyakinan rakyat akan terhakis  kepada UMNO mahu pun Barisan Nasional.

Perseteruan politik yang  mernjadi amalan DAP ini tidaklah sehebat bencinya DAP kepada PAS. Kebencian DAP kepada hanya berkisar kepada agenda PAS itu sendri dalam memperjuangkan Islam sebagai  agenda perjuangan mereka terutama isu yang berkaitan dengan hudud.

Sejak akhir-akhir ini DAP kelihatan tengelam punca apabila PAS mula menjalinkan kesefahaman politik bersama UMNO. Perubahan ini telah menimbulkan rasa gentar DAP yang mana sebelum ini amat berusaha untuk merenggangkan hubungan diantara pAS dan UMNO.

Perkembangan ini menjadikan DAP resah dan mula menjadikan Umno sebagai sasaran politik utama mereka, selain cuba menghancurkan keyakinan Pas dan Umno. Mana tidaknya, jika berlakunya perkongsian atau kerja sama politik yang dibentuk oleh PAS dan UMNO, DAP akan menghadapi jalan sukar dan membantutkan perjuangan  mereka untuk menguasai  Putrajaya.

Apa yang dilakukan oleh DAP dengan menjadikan Umno sebagai musuh politik menandakan parti berkenaan tak matang dan sanggup menghalalkan apa saja bentuk provokasi serta memainkan persepsi yang mengakibatkan sitem politik tanah air seakan  tidak terkawal.

Perkara ini akan mewujudkan senario yang tak sihat dalam politik kerana mewartakan parti lain sebagai musuh dan ini akan mengakibatkan budaya bermusuhan dikalangan penyokong DAP dan parti yang lain. Tindakan ini akan menyebabkan keharmonian kaum terganggu.

Ketiadaan PAS didalam kancah politik Pakatan telah menyukarkan tindakan untuk  menggunakan PAS sebagai peluru untuk menyerang bangsa Melayu terganggu. Perkara ini dapat dilihat dengan jelas bagaimana kegagalan Bersih 4 yang mana sebelum ini dinakhodakan oleh PAS serta unit amal mereka.

DAP pada kali ini terpaksa mengerahkan semua tenaga anak muda Cina yang  menyokong gerakan bersih untuk menyertai demontrasi  yang dikatakan  mempunyai agenda politik adil dan saksama. Tetapi agenda yang hendak disampaikan oleh DAP melalui demontrasi tersebut hanya rekaan semata-mata dan hanya sekadar untuk mewujudkan isu semata-mata.

Ketiadaan PAS telah diubati dengan kemunculan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam arus politik negara, hanyalah disebabkan oleh nafsu politik yang tidak kesampaian  Tun Dr Mahathir Mohamad dan atas niat balas dendam terhadap Datuk Seri Najib Razak,

Mereka telah berikrar , penubuhan parti ini adalah untuk menumbangkan Datuk Seri Mohd Najib dan seterusnya menenggelamkan UMNO selama-lamanya. Agak menghairankan apabila pada satu ketika, Mahathir dan Muhyiddin kerap melaungkan, apa yang mereka lakukan adalah untuk menyelamatkan UMNO. Sedangkan pada masa yang sama mereka bukan lagi ahli UMNO. Tidakkah ini satu keganjilan.

Seperti biasa, bila merasakan tidak puas hati, pelbagai sumpah seranah termasuk sanggup menghasut orang lain untuk bersama-sama dengan mereka menentang kepimpinan parti. Pelbagai azam diterapkan untuk menjadi parti baru mereka sebagai lebih baik dari parti induk.

Pertelingkahan ini diambil oleh DAP dengan menjalinkan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kerana parti itu dipimpin oleh Mahathir yang diyakini dapat mewujudkan momentum untuk menumbangkan UMNO.

Tidakan DAP ini secara langsung telah menggunakan PPBM sebagai kuda tunggangan  untuk memecahkan lagi sokongan orang Melayu terhadap UMNO.  DAP tidak perlu bersudah payah kini untuk melakukan pelbagai cara  bagi mencapai agenda mereka melihat  sokongan Melayu terhadap UMNO semakin mengecil.

Mahathir sedang melakukan peranan yang  pernah dimainkan oleh Anwar Ibrahim satu ketika dahulu di era refomasi dan telah  berjaya meniupkan gelombang anti-UMNO, namun sentimen itu kian pudar dan kini akar umbi UMNO mula bersatu semula.

Pandangan DAP, kehadiran  Mahathir diperlukan menyambung tugas Anwar Ibrahim dengan menggoncangkan UMNO terutamanya menjelang pilihan raya umum akan datang.

DAP masih lagi menaruh harapan bahawa UMNO tidak akan berpakat secara rasmi dengan PAS dalam pilihan raya akan datang, tetapi akan mengekalkan hubungan kerjasama politik mereka yang memungkinkan sokongan akan berlaku pada kedua belah pihak.

  • PRU14.tv

 

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*