‘Tak Payah Busuk Hati Bro’, Hafiz Hamidun ‘Sound’ Zed Zaidi

Gara-gara lantang bersuara menerusi Twitter berkenaan isu hina Perdana Menteri oleh Najip Ali, Zed Zaidi bagaimanapun ditempelak semula daripada selebriti Hafiz Hamidun.

“Saya rasa tiba masanya mengkaji balik kemasukan artis luar terutama artis Singapura ke Malaysia @NajibRazak @Khairykj @azwanbro @jamawijaafar,” Twit Zed Zaidi.

Ekoran Twit tersebut Hafiz tampil membalas kerana tidak bersetuju dengan kenyataan yang dimuat naik oleh Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).

“Tak payahlah busuk hati bro. Orang dah minta maaf pun. Sudah-sudahlah,” tulisnya.

Najip sebelum ini sudah pun membuat tuntutan maaf secara terbuka kepada Najib berikutan tidak sensitif apabila secara terbuka menjadikan pemimpin Malaysia, Datuk Seri Najib Razak sebagai bahan jenaka minggu lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *